Edited by mamichik at 1-8-2023 10:19 AM
https://www.kosmo.com.my/2023/03 ... empat-iklan-bisnes/
moh baca mufti penang kata apa..
*shu ada ambil gambar review dlm kawasan masjid kan..sekitar masjid nabawi tu dikira sebahai masjid
petikan :
Bagi menguatkan lagi pendapatnya, beliau turut menyertakan potongan hadis yang diriwayatkan oleh Tirmizi daripada Abu Hurairah berkenaan dengan larangan berjual beli di dalam masjid. Baginda bersabda; “Jika kami melihat seseorang menjual barang-barang dalam masjid, maka katakanlah kepada mereka Allah tidak memberi keuntungan pada perniagaan kamu!” “Berdasarkan hadis tersebut, para ulama ada yang berpendapat berjual beli dalam masjid merupakan perbuatan dilarang, namun segelintir ulama menganggap makruh kerana akad jual beli dalam masjid adalah sah,” ujar beliau. Sebagai mufti, beliau hanya mampu menasihati syarikat atau agensi pelancongan untuk menghentikan perbuatan jemaah yang ke Mekah dan Madinah supaya meletakkan niat yang betul dengan mengerjakan umrah.
|