CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1800|Reply: 0

Verstappen raih kemenangan kelapan berturut-turut

[Copy link]
Post time 31-7-2023 08:59 AM | Show all posts |Read mode
Verstappen raih kemenangan kelapan berturut-turut


VERSTAPPEN menjulang trofi selepas memenangi perlumbaan GP Belgium, hari ini. FOTO AFP



Spa-Francorchamps, Belgium: Max Verstappen meraih kemenangan kelapan berturut-turut pada musim ini di Grand Prix (GP) Belgium, hari ini, manakala rakan sepasukannya di Red Bull, Sergio Perez menduduki tempat kedua.

Verstappen turut menang perlumbaan pecut di Spa-Francorchamps, semalam, untuk mengekalkan kedudukan selesa dalam pemburuan juara dunia Formula Satu (F1) untuk kali ketiga berturut-turut.

"Saya tahu kami memiliki kereta yang hebat, ia lebih kepada melepasi selekoh pertama," kata Verstappen yang bermula di petak keenam walaupun mendahului peringkat kelayakan berikutan dikenakan penalti akibat menukar kotak gear buat kali kelima.

Pelumba yang bermula di petak utama, Charles Leclerc menduduki tempat ketiga manakala Lewis Hamilton di tempat keempat.

Pencapaian terbaru Verstappen itu melebarkan dominasi dan rekod Red Bull pada musim ini dengan 15 kemenangan daripada 15 perlumbaan membabitkan 12 GP dan tiga acara pecutan.

Dia boleh menyamai rekod dicatatkan Sebastian Vettel pada 2013 iaitu sembilan kemenangan berturut-turut apabila berlumba di depan penyokong sendiri di GP Belanda pada hujung Ogos depan.


Sumber:https://www.hmetro.com.my/arena/ ... apan-berturut-turut

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 10:13 PM GMT+8 , Processed in 0.052364 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list