View: 6184|Reply: 3
|
Dr Soberi Awang Meninggal Dunia, Rebah Ketika Beri Kuliah Subuh
[Copy link]
|
|
Shah Alam: Timbalan Pengerusi Majlis Ulama Isma (MUIS), Dr Mohd Soberi Awang rebah ketika menyampaikan kuliah Subuh sebelum disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di sebuah hospital, hari ini.
Allahyarham yang juga Pensyarah Fakulti Syariah dan Undang-Undang Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menyampaikan kuliah Subuh di Surau Al-Ittihadiyyah, Seksyen 9, di sini, sebelum rebah pada jam 7.55 pagi.
ALLAHYARHAM Dr Mohd Soberi Awang. FOTO Ihsan Ikatan Muslimin Malaysia (Isma)
Berita kematian itu dimaklumkan oleh menantunya dikenali Mus'ab Umairi menerusi satu hantaran di Facebook.
"Hari ini ayah mentua saya, almarhum Ustaz Dr Soberi Awang telah kembali kepada Penciptanya. Subuh kami di Cairo dibasahi air mata rindu.
"Alhamdulillah atas nikmat bersama Baba walau cuma sekejap. Banyak Umai belajar daripada Baba. Moga Allah tempatkan Baba bersama para syuhada dan solihin," tulisnya.
Sementara itu, anak perempuan tunggal Nadhratul Hana dalam hantaran di Facebook turut berduka cita dan memohon orang ramai mendoakan arwah bapanya.
"Saya akan berehat daripada media sosial untuk beberapa hari, menyelesaikan tuntutan keluarga dan untuk diri sendiri.
"Juga, kerana saya memang tak mampu melihat video yang sudah viral sehingga ke stesen televisyen.
Maafkan saya tidak membalas mesej buat seketika. InsyaAllah saya akan pulang ke Malaysia jam 8 malam (Mesir)," tulisnya.
Nadhratul turut berterima kasih dan lega mendengar cerita baik mengenai arwah bapanya itu.
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un |
|
|
|
|
|
|
|
Moga rohnya dicucuri rahmat . Aamin.
Kematian yg dicemburui.
Betul le Kata Imam al-Ghazali, cara mati seseorang mukmin itu ditentukan oleh cara hidupnya. |
|
|
|
|
|
|
|
Innalillah. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan org beriman |
|
|
|
|
|
|
| |
|