CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6389|Reply: 5

Ayam Tebuk Disahkan Tiada Sijil Halal

[Copy link]
Post time 28-7-2023 10:46 PM | Show all posts |Read mode
Shah Alam: Sebuah pasar raya di Bukit Changgang, Banting dekat sini diperiksa susulan penularan ayam tebuk yang didakwa mempunyai sijil halal, semalam.


Pemeriksaan itu dilakukan Seksyen Penguatkuasaan Halal Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) bersama Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL).


Pengarah JAIS, Datuk Mohd. Shahzihan Ahmad berkata, hasil pemeriksaan mendapati premis tersebut didapati bukan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) yang sah.


Pemeriksan dilakukan pegawai JAIS bersama MPKL di bahagian jualan ayam pasar raya di Banting.



Katanya, premis itu juga didapati melakukan penyalahgunaan logo halal Malaysia kerana mempamerkan logo tanpa memiliki SPHM yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).


“Siasatan dan tindakan lanjut dibuat mengikut Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011.


“Sekiranya disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya. Manakala hukuman bagi suatu pertubuhan perbadanan ialah denda tidak melebihi RM200,000,” katanya dalam kenyataan hari ini.


Jelas beliau, ketika ini terdapat sembilan skim pensijilan halal yang ditawarkan oleh Jakim termasuk skim produk makanan dan minuman, premis makanan, kosmetik, farmaseutikal, barang gunaan, logistik, rumah sembelihan, pengilangan kontrak dan peranti perubatan.


Justeru, orang awam dinasihatkan agar sentiasa berhati-hati semasa membeli barang keperluan harian dengan mengutamakan produk-produk yang mendapat pensijilan halal.


“Sebarang keraguan mengenai status atau logo halal pada produk atau premis, bolehlah membuat semakan terus melalui portal halal Jakim.


“Aduan juga boleh dibuat kepada Seksyen Penguatkuasaan Halal JAIS di talian 03-5514 3726/3760 atau talian hotline 011-5582 0212 sekiranya terdapat
sebarang penyelewengan status halal dan penyalahgunaan logo halal,” katanya.


Terdahulu tular di media sosial berhubung ayam tebuk leher yang dijual di sebuah pasar raya yang dikatakan mempunyai sijil halal sehingga mendatangkan kebimbangan kepada orang ramai.




Sumber: Kosmo! Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-7-2023 12:03 AM | Show all posts
Harap2 roti canai cicah kari ayam yang mek yah hari2 cekik tu bukan lah di buat dari ayam tebuk ni

Kalau tidak no wonder lah mek yah jadi macamni rupanya termakan ayam tebuk tu

@_blackbird
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2023 07:40 AM From the mobile phone | Show all posts
BumpIQ replied at 29-7-2023 12:03 AM
Harap2 roti canai cicah kari ayam yang mek yah hari2 cekik tu bukan lah di buat dari ayam tebuk ni

...

Mekyah lagi prefer ayam cannibal kot hihihi

Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2023 01:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Sumber dari acik bawang kat fb

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2023 11:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Kedai Aceh la pulak….
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2023 12:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Kedai aceh tu belom tentu yg sembelih tu Islam. Jgn xtau
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-3-2025 02:21 PM GMT+8 , Processed in 0.232626 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list