CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2320|Reply: 5

Sampai Bergaduh Sebab Sokong Parti Berlainan, Kedai Kopi Di Alor Setar Larang Pelanggan Sembang Politik?

[Copy link]
Post time 28-7-2023 01:57 PM | Show all posts |Read mode
Sebuah kedai kopi di Alor Setar menjadi perhatian ramai selepas tular notis yang melarang pelanggannya daripada berbincang mengenai politik di dalam premis tersebut.


Notis yang ditampal di dinding kedai bernama Kedai Kopi Shi Gong itu tertulis “Kedai ini melarang keras perbincangan tentang politik”.


Kebanyakannya bersetuju dengan peraturan tersebut namun ada pula yang menyifatkan sesi ngopi tanpa perbincangan tentang politik adalah membosankan.


Foto: China Press




Menurut laporan China Press, pemilik kopitiam yang dikenali sebagai Chen menjelaskan notis tersebut sebenarnya bukanlah dinaikkan olehnya tetapi ia ditampal oleh salah seorang pelanggan tetap kedai tersebut selepas berlaku perdebatan.


Tambahnya lagi, telah berlaku perdebatan antara pelanggan tetapnya yang merupakan dua penyokong parti politik dan disebabkan perkara itu, salah seorang daripadanya telah meminta kebenaran untuk menampal notis tersebut.


Selepas 2 jam, datang pula seorang lagi pelanggan yang turut ingin menampal notis yang sama namun Chen hanya membenarkan satu notis sahaja ditampal.


Awalnya, notis tersebut telah menyebabkan ramai pelanggan mempersoalkan larangan berkenaan dan Chen menegaskan kedai kopinya sebenarnya terbuka untuk perbincangan tentang politik.


Foto: China Press




Tambah Chen lagi, dia sebenarnya ingin mencabut notis berkenaan selepas dua pelanggan tersebut pulang, namun tidak sempat berbuat demikian disebabkan sibuk dan kemudian terlupa akan notis tersebut yang kemudiannya telah diambil gambar dan tersebar di media sosial.


Menurutnya, selepas notis berkenaan tular, salah seorang pekerjanya telah membuang notis berkenaan. -CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-7-2023 02:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Kat grup wasp taman,grup sekolah pun elok jugak jgn sembang politik..masing2 ada pilihan.
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2023 02:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Eh chop chop chop, bukan semua org kedah sokong MB ka bermakna sokong PN.  Patut tak de gaduh2 mcm ni sebab semua dah satu hati.
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2023 02:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Belibis replied at 28-7-2023 02:00 PM
Kat grup wasp taman,grup sekolah pun elok jugak jgn sembang politik..masing2 ada pilihan.

Betul tu tapi ada gak beruk2 degil.  Bila tegur sentap sampai langit 7.  
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2023 02:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Benda bole gaduh bukan psl politik ..tapi psl pemikiran sempit org yg bgaduh tu..xmatang lagi
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2024 07:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Samerosie replied at 28-7-2023 02:17 PM
Eh chop chop chop, bukan semua org kedah sokong MB ka bermakna sokong PN.  Patut tak de gaduh2 mcm n ...

sejak bila congceng skong mb?smua suka li aaa pi maaaa. sbb tu n13 dpt kt ph. di tengah2 bandar kota setar
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Pasca Penceraian Fattah Amin: Edisi Bedah Siasat/Ulasan/Gosip Santai (Post #1 UPDATED)
kakasotongPasca Penceraian Fattah Amin: Edisi Beda
Views : 71092 Replies : 4106
Tengku Muhammad & Tengku Natasya Adnan
irveneTengku Muhammad & Tengku Natasya Adnan
Views : 47649 Replies : 368
Koleksi Foto : Bunga v2
tariKoleksi Foto : Bunga v2
Views : 129317 Replies : 1841
Bekas isteri Hafidz Roshdi diperintah hadir ke makamah Januari depan
maklukpenggodaBekas isteri Hafidz Roshdi diperintah ha
Views : 105502 Replies : 4297
‘Taubat Tak Nak Datang Malaysia Lagi’ – Pelancong China Kecewa Tiada Papan Tanda Bahasa Mandarin
Abahmung‘Taubat Tak Nak Datang Malaysia Lagi’
Views : 35020 Replies : 122
Instafamous Rempit (kak yah, kak zah & the geng) part 3
hotmakInstafamous Rempit (kak yah, kak zah & t
Views : 221946 Replies : 1766
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 75849 Replies : 715
[ENA 2024] DEAR HYERI/TO MY HARRY - Shin Hye Sun, Lee Jin Wook, Kang Hoon
Rahah[ENA 2024] DEAR HYERI/TO MY HARRY - Shin
Views : 48444 Replies : 51
Tahniah Ina ! selamat pengantin baru sekali lagi
anony-mousTahniah Ina ! selamat pengantin baru sek
Views : 27265 Replies : 501
[MBC/Netflix 2024] DOUBT - Han Suk Kyu, Chae Won Bin, Han Ye Ri ~ 11 October 2024
Rahah[MBC/Netflix 2024] DOUBT - Han Suk Kyu,
Views : 44273 Replies : 38

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-10-2024 12:21 AM GMT+8 , Processed in 0.036138 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list