Dalam pada itu, pelantun lagu Monalisa itu turut berpendapat bahawa pelajaran sedikit sebanyak dapat membantu industri tanah air dalam memartabatkan serta mengutamakan artis-artis kelahiran tempatan.
"Sebagai contoh, dapat kita lihat sesetengah persembahan pembukaan bagi konsert artis luar negara di Malaysia dilakukan oleh artis seberang dan tidak dilakukan oleh artis kelahiran Malaysia.
"Di sini kita lihat tiada individu dalam industri yang menetapkan satu polisi kepada kerajaan bahawa persembahan pembukaan di konsert seperti itu sewajarnya diberikan keutamaan kepada artis Malaysia.
"Jadi dengan adanya pelajaran, seseorang itu akan tahu macam mana nak buat kertas kerja yang bagus sekaligus ia akan membantu membangunkan industri itu sendiri," katanya lagi.
Sekadar info, Ryan Deedat merupakan salah seorang Top 5 bagi kategori Artis Baharu Lelaki Popular bagi Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian (ABPBH) ke-32 yang lalu.
Sumber: Oh Bulan