CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 793|Reply: 6

Budak 12 Tahun Mengamuk Jika Tak Diberi Bau Petrol

[Copy link]
Post time 27-7-2023 04:31 PM | Show all posts |Read mode
Sejak pandemik Covid-19, maka bermulalah ketagihan pelik kanak-kanak berusia 12 tahun di Kampung Ciwareng, Jawa Barat yang gemar menghidu bau petrol setiap hari.


Portal Kompas melaporkan, ketagihan itu bermula selepas bapanya kerap meminta bantuannya untuk membeli petrol.




Gambar hiasan




"Kebetulan bapanya seorang mekanik. Jadi setiap pulang ke rumah dia suka cium bau petrol yang dibeli," kata ibunya, Acah Wiharsi, 45.


Kanak-kanak itu mencium bau petrol dengan cara mengisinya ke dalam botol plastik, dan ia dilakukan sejak tiga tahun lalu.


Menurut Acah, ketagihan menghidu bau petrol menyebabkan anaknya berhenti sekolah selepas masuk darjah empat.


Acah berkata, anaknya juga akan mengamuk, jika dilarang menghidu bau petrol.


"Setiap hari dia pegang bekas berisi petrol, malah sampai nak tidur dia bawa ke atas tilam. Jika tak diberi, nanti dia akan mengamuk," katanya.


Menurut Acah, anaknya sudah dibawa ke pusat kesihatan awan untuk mendapatkan rawatan dan kini, mereka mencuba kaedah rawatan alternatif.


"Diberi ubat untuk saraf tetapi belum ada perubahan tetapi selepas jalani rawatan alternatif, (keadaan) anak saya semakin baik.


"Anak saya juga sudah mula terbiasa untuk meninggalkan botol yang berisi petrol dalam (tempoh) tiga hingga empat jam.


"Alhamdulillah. Tapi jika dipaksa, dia akan marah," katanya.




Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-7-2023 04:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Biarkanlah dia mengamuk walaupun sehingga pingsan sekalipun
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2023 05:07 PM | Show all posts
Anak kau ni addicted bukan sakit bawa ke klinik.  Rawatan alternatif yg paling elok pada umur macam ni ialah sebat.
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2023 07:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Bunuh je anak kau yang dah rosak tu.
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2023 07:31 PM From the mobile phone | Show all posts
meols pon suka bau petrol. tp petrol skrg dah xde bau.
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2023 11:44 PM | Show all posts
Ko dah kenapa dek..banyak lagi benda boleh bau
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-7-2023 03:16 AM | Show all posts
adik ni ketagih yg melampau ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-3-2025 08:41 PM GMT+8 , Processed in 1.508844 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list