CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 796|Reply: 6

3 Lelaki Naik 1 Motosikal Tanpa Topi Keledar Maut Digilis

[Copy link]
Post time 27-7-2023 04:21 PM | Show all posts |Read mode
Tiga lelaki maut digilis kenderaan lain selepas motosikal dinaiki mereka terbabas di Jalan Johor Bahru-Ayer Hitam berhampiran sebuah pasar raya di Tampoi pada Khamis.


Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Balveer Singh Mahindar Singh mengesahkan kejadian berlaku ketika ketiga-tiga lelaki yang tidak memakai topi keledar itu menaiki satu motosikal dari arah Johor Bahru ke Skudai.




Tiga lelaki maut selepas motosikal dinaiki mereka dipercayai terbabas sebelum digilis kenderaan lain di Jalan Johor Bahru-Ayer Hitam berhampiran sebuah pasar raya di Tampoi di sini pada Khamis.




Katanya, sebaik tiba di lokasi kejadian motosikal tersebut dipercayai terbabas sendiri sebelum digilis empat buah kenderaan yang tidak sempat mengelak.


“Dua daripada mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian manakala seorang lagi ketika tiba di hospital.


“Ketiga-tiga mangsa berusia lingkungan 30-an. Kewarganegaraan mangsa masih belum dipastikan berikutan tiada dokumen pengenalan diri ditemukan,” katanya ketika dihubungi.


Balveer Singh berkata, pemandu empat buah kenderaan yang mengilis kesemua mangsa bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.


Ketika ditanya sama ada ketiga-tiga mangsa dalam keadaan mabuk ketika menunggang motosikal, beliau berkata pihaknya masih menunggu laporan bedah siasat.


Mayat ketiga-tiga mangsa di hantar ke Hospital Sultanah Aminah dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


Difahamkan, kemalangan turut menyebabkan kesesakan lalu lintas sejauh beberapa kilometer.




Sumber: Sinar Harian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-7-2023 04:24 PM | Show all posts
rohingya ke
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2023 04:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak pasal2 trauma pemandu yg tergilis mereka nih. Mesti pendatang leteww takde pengenalan dirik ditemui
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2023 04:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Mungkin Rohingya?
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2023 12:08 AM | Show all posts
apa kejadah sampai tiga orang naik satu motosikal? tak pakai helmet pula tu.
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2023 01:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Rohingya la tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-7-2023 01:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku bajet rohingok. Kalau Indon ni dia bijak sikit selalunya reti pakai topi keledar..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-3-2025 09:33 PM GMT+8 , Processed in 0.957972 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list