View: 1124|Reply: 5
|
Dakwa Seleweng Duit, Cef Burak Saman Bapa Sendiri RM45 Juta
[Copy link]
|
|
ANKARA: Burak Ozdemir atau lebih dikenali sebagai cef CZN Burak mengambil tindakan undang-undang terhadap bapanya selepas mendakwa individu itu melakukan penipuan sehingga mencecah jutaan dolar.
Burak meraih populariti di media sosial menerusi rakaman video yang memaparkan bakat masakannya.
Arab News melaporkan, CZN Burak memfailkan saman terhadap bapanya, Hasan Ozdemir dengan menuntut ganti rugi sebanyak AS$10 juta (RM45.5 juta).
 Foto: IG
CZN Burak mendakwa Hasan menggunakan syarikat media dan hiburan miliknya iaitu Hatay Medya untuk menyeleweng dana dan mendapatkan pinjaman atas namanya tanpa pengetahuan.
Cef itu turut mendakwa bapanya menggunakan dana yang diseleweng untuk membeli beberapa kereta mewah dan hartanah.
Syarikat Hatay Medya ditubuhkan untuk menghasilkan kandungan digital untuk platform media sosial cef Ozdemir.
Populariti cef itu melonjak dan dia kemudian menceburkan diri dalam perniagaan restoran sehingga memiliki rangkaian tersendiri.
Pertikaian antara cef dan bapanya semakin memuncak apabila Hasan didakwa menjual hak milik sebuah restoran CZN Burak pada harga AS$41 juta (RM186.8 juta).
Dalam pada itu, CZN Burak berkata, dia mahu membina semula kehidupannya dengan menggunakan wang simpanan yang tinggal dan merancang untuk tinggal bersama ibunya.
Sementara itu, Hasan menafikan dakwaan itu, dengan memaklumkan wang tersebut dilaburkan dalam perniagaan anaknya tanpa sebarang niat penipuan.
Hasan juga menafikan tuduhan menipu anaknya dan menegaskan bantuan kewangan diberikan oleh anaknya bertujuan untuk mempromosikan jenamanya.
Prosiding undang-undang belum selesai di mahkamah di Istanbul, dengan perbicaraan pertama dijadualkan pada September depan. -CARI
Sumber: Utusan |
|
|
|
|
|
|
|
Kesian chef. Dh la tgh sakit. Hadap pulak perangai bapak gini. |
|
|
|
|
|
|
|
Eh chef senyum ni bkn ada sakit kronik ke |
|
|
|
|
|
|
| |
|