Sepasang kekasih ghairah merakam aksi mesra ketika menunggang motosikal maut selepas terbabit kemalangan.
 Rakaman sebelum pasangan tersebut terlibat dalam kemalangan maut. - Agensi
Lapor media tempatan, kejadian itu berlaku di pinggir bandar Cordazzi pada Isnin lalu.
Dalam rakaman video tersebut, wanita dikenali sebagai Liliana bergurau dengan teman lelakinya.
Teman lelaki Liliana dilihat tersenyum dan mengucup bibir wanita tersebut sebelum hilang kawalan dan terbabas di kawasan semak.
Liliana maut serta-merta di lokasi kejadian, manakala teman lelakinya terselamat.
Sumber: Sinar Harian |