View: 1178|Reply: 15
|
Lafaz 22 Februari Sah, Hafidz Roshdi Dan Shuhada Akhirnya Cerai Talak Satu!
[Copy link]
|
|
Hafidz Roshdi dan Nurul Shuhada Mat Shukri akhirnya sah bercerai talak satu.
Hakim Syarie Siti Rahmah Hussin yang mendengar kes itu di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada pagi Khamis mengesahkan lafaz dibuat Hafidz atau Muhammad Hafidz Roshdi, 29, pada 22 Februari lalu terhadap Shuhada adalah sah.
Shuhada juga tidak perlu menjalani tempoh edah berikutan ia telah selesai pada 23 April lalu.
Foto: Kosmo
Peguam syarie mewakili Hafidz, Datuk Akberdin Abdul Kadir berkata, mahkamah memutuskan hanya satu lafaz cerai yang sah iaitu pada 22 Februari tahun ini.
“Dakwaan sebelah pihak lagi yang mendakwa lafaz cerai menerusi Whatsapp pada 20 Januari, tidak diterima oleh mahkamah. Maka perceraian adalah talak satu bertarikh 22 Februari 2023,” katanya.
Hafidz bersyukur kemelut rumah tangganya selesai secara baik dan berpuas hati dengan keputusan dibuat hakim.
“Saya bersyukur kes kami sudah selesai dengan baik yang mana saya hari ini sudah bercerai dengan talak satu. Saya nak ucapkan terima kasih semua yang menghormati privasi dan karier saya.
“Alhamdulillah saya lega, perkara ini diselesaikan cara baik dan tanpa sebarang pergaduhan. Saya juga menghormati keputusan hakim dan berpuas hati serta gembira dengan dengan keputusan hari ini,” katanya kepada mStar.
Shuhada, 29, juga meluahkan rasa lega apabila kemelut rumah tangganya selesai dan menyerahkan segala kepada Allah SWT.
“Alhamdullillah Allah permudahkan semuanya. Saya merasakan seperti Allah sudah angkat satu beban. Terima kasih Allah. Saya perlu kuat semangat sebab kini tak bergantung pada orang lain, dan hanya bergantung pada Allah saja.
“Sekarang saya mahu fokus diri sendiri dan anak-anak serta capai cita-cita saya dulu kerana Insya Allah saya mahu sambung belajar,” katanya
Pada 21 Mac lalu, Shuhada mendakwa suaminya itu pernah melafazkan cerai sebanyak dua kali sebelum ini.
Katanya, Hafidz pernah melafazkan talak menerusi pesanan Whatsapp selain melalui panggilan telefon masing-masing pada 22 Januari dan 22 Februari lalu.
Untuk rekod, Hafidz dan Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu iaitu Humairah, 6 dan Umar yang kini berusia 2 tahun. -CARI |
|
|
|
|
|
|
|
dahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh g berambos pluto sana |
|
|
|
|
|
|
|
terkejut i tengok tarikh thread dibukak |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Sorang pakai hitam putih mcm nkg opis korporat, sorang feeling sesuci embun.
Pelik2 pakai biasa2 sudehhh |
|
|
|
|
|
|
|
Pic segak berkot hitam nie mesti dak pis ni send wasap kt gepren dia kata " yang i dh gerak solo hrini so kita leh plan tarikh nikah ".. dk pis ni aku dh pesan cari yg lawa. Nk skendel pun sama gak xda rupa. Besok lg 3 thun dia naik tgga court lg skli aku nk tarbiah cemana lg bg dia paham. |
|
|
|
|
|
|
|
aku pun masuk sini semata2 nak tengok date tu je
|
|
|
|
|
|
|
|
ok dah boleh terkambuih dah kisah si muka google maps dan beruk salji nih...
dah boleh humban ke stor arkib gosip tempatan...
selayak nya di tong sampah kan...
|
|
|
|
|
|
|
|
cari sepol dtg dari masa lalu utk disiarkan di zamannya |
|
|
|
|
|
|
|
Moga tamat la ye cerita dorang..bosan la balik2 cerita same je 2 ekor ni..next~ |
|
|
|
|
|
|
|
Elokla dah selesai, tak larat hadap benang si shelup. Tp iols rasa nnt akan ada lg citer psl sheols kat bod ni…
Nnt kes tumbuk masuk court tak? Mohon pencerahan |
|
|
|
|
|
|
|
Ok thread ni bole masuk kekkuburan yaach |
|
|
|
|
|
|
| |
|