CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3943|Reply: 84

[Politik] 'Masa PH tadbir Kedah, SADA rugi RM36 juta dan hutang RM149 juta' - Sanusi cabar Saifuddin siasat

  [Copy link]
Post time 27-7-2023 03:29 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by Highflyer19 at 27-7-2023 03:31 AM


Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Noor.

ALOR SETAR: Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mencabar Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menyiasat tiga skandal didakwa dilakukan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) ketika mentadbir Kedah.

Muhammad Sanusi berkata, PH ketika mentadbir negeri antara 2018 hingga 2020 didakwa menyebabkan Syarikat Air Darul Aman (SADA) kerugian RM36 juta dan berhutang RM149 juta.

Akibatnya, kerajaan negeri pimpinannya terpaksa menggunakan wang yang sepatutnya digunakan untuk pembangunan negeri bagi tujuan membayar hutang yang ditinggalkan PH demi menyelamatkan SADA.

"Dia (Saifuddin) selalu tanya suruh kita jawab, malam ini saya nak tanya (dan) kamu jawab...masa kamu (PH) jadi kerajaan 2018 hingga 2020, SADA mengalami kerugian RM36 juta dan ada hutang RM149 juta, mengapa masa itu kamu tak siasat?

"RM36 juta dan RM149 juta itu saya yang bayar, kenapa kamu tak siasat, pergi siasat. Dengan jumlah RM185 juta itu PH punya kerja, Pudin (Saifuddin) sila siasat.

"Waktu BN memerintah dibuat perjanjian dengan satu syarikat untuk membangunkan Jerai International Park, perjanjian itu telah dilanggar menyebabkan kerajaan negeri disaman dan dituntut RM50 juta.

"Setelah rundingan 30 tahun, kerajaan negeri tahun ini diperintah membayar RM21 juta, kenapa tak siasat?" katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pengisytiharan Calon PN untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) Kedah di Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut di sini, malam ini.

Muhammad Sanusi berkata, beliau akan mendedahkan satu per satu penyelewengan dan salah urus yang dilakukan BN dan PH berikutan tindakan Saifuddin yang secara berterusan mencabarnya.

Katanya, beliau tidak berniat mendedahkan isu berkenaan, namun terpaksa berbuat demikian kerana terus diasak termasuk dalam isu berkaitan dua warga China yang terbabit kejadian kecurian unsur nadir bumi (REE) di Bukit Enggang, Sik.

"Sekarang kamu jawab ketika BN memerintah Kedah ada duit Perbadanan Menteri Besar (MBI) sebanyak RM13 juta dipindahkan ke Kanada, mana pergi duit itu, mengapa tak siasat?

"Zaman BN, pemimpin BN buat kerja ini, sekarang BN dan PH cium mulut. Yang kena bayar kita rakyat Kedah yang hidup hari ini, yang buat kerja BN. Pudin (Saifuddin) sila siasat dah kamu rajin sangat pergi siasat.

"Ada bercambah fail lagi di pejabat saya dan tak pernah dalam tiga tahun ini kita berhasrat melondehkan keburukan sesiapa, tapi kamu kurang ajar, saya akan londeh kamu setiap hari," katanya.

Muhammad Sanusi menegaskan, isu politik sepatutnya diselesaikan di medan politik dan agensi kerajaan tidak boleh digunakan bagi mengambil tindakan ke atasnya.

"Kamu tanya saya dua pekerja China yang saya tak pernah jumpa, tak pernah kenal, tak pernah ambil tahu kerana itu urusan syarikat dan bukan urusan Pejabat Menteri Besar.

"Saya kena bagi keterangan kepada polis tiap-tiap hari, hari ini dua kes sampai Maghrib kena beri keterangan. Ucapan saya diteliti satu pasukan, tiap perkataan saya diteliti, silap (cakap) dilaporkan.

"Ucapan politik mesti diselesaikan di medan politik, datangkan hujah kamu di ceramah, kamu jawab. Jangan guna agensi salin tiap patah perkataan dan lapor polis, punya pondan," katanya.


https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/07/1131858/masa-ph-tadbir-kedah-sada-rugi-rm36-juta-dan-hutang-rm149-juta

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-7-2023 03:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Pudin, Pondan... Kahkahkahkah.... Ejaan dekat2 sama..... Kelakuan dah memang sama
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2023 06:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Masalah air kat kedah tak setel2 jugak, slow amat
Yg kat Pelubang tu apa statusnya eh? Projek dah jalan ke? Duit federal kan projek tu?
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2023 07:48 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2023 07:56 AM From the mobile phone | Show all posts
spankee_fili replied at 27-7-2023 06:56 AM
Masalah air kat kedah tak setel2 jugak, slow amat
Yg kat Pelubang tu apa statusnya eh? Projek dah ja ...

I duduk dekat situ...tak pernah tak ada air pun dlm 2, 3 bulan ni.
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2023 09:02 AM | Show all posts
zaman boboy
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-7-2023 09:33 AM | Show all posts
tembak boboi kaaa? ke tembak geng bersatu tu?hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2023 09:36 AM | Show all posts
Zaman boboi takde ker sape2 nak siasat?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-7-2023 09:43 AM From the mobile phone | Show all posts
ChildrenOfBodom replied at 27-7-2023 07:48 AM
https://www.youtube.com/watch?v=

Nusi, klu hg ada bukti, serahkan kat sprm bagi depa siasat. Yg hang pi simpan tu buat apa? Dah 3 tahun hg jadi MB kot. Come on la.
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2023 09:58 AM | Show all posts
sekarang boboi dah join PN.... atok dah ciom molot ngn adi bawang......
cer tanya boboi ngn atok
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2023 10:20 AM | Show all posts
Berbunyik lagi mat ni?  Ni, bila cakap fikir dulu impact. SADA semua ni gomen agensi ada audit kut.  Boleh check laporan audit pasaipa rugi pasaipa berhutang.  Most of the time, water companies rugi disebabkan oleh Non Revenue Water (NRW).  NRW ni selain dari lost of water supply dari poor maintenance, leakage, orang tak bayar bill, kegiatan curi air etc. Water companies ni pun still kena bayar supplier air ni.  Duit keluar besar tapi duit masuk ciput.  So the cycle continuous la, tak dak duit nak bayar nak beli barang ganti, tak de duit nak bayar orang buat maintenance etc

Kalau dah menuduh tunjuk la bukti bukan nya suruh orang yg dituduh bg bukti pula.  Mende...
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2023 10:23 AM | Show all posts
Kes tak de air kat Kedah ni every month mesti kengkawan yg duduk sana meroyan kat fb.  Lebih 10 tahun punya cerita.  Dari Pas ke BN ke PH balik ke Pas still masalah sama.  Kat Pendang, ada member kata sib baik rumah ada telaga, tapi member kat Tg Dawai pula katanya bayar untuk air tapi buka paip dapat angin...
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2023 11:45 AM | Show all posts
tanya Pudin watpa??pi  lah tanya MB kedah sblm hang si Boboi Mukhriz tuh,bukanke hang skrg dah comolot dgn dia

ehhh..haritu kemain berdegar nak saman pudin..dah tak jadi ka??
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2023 11:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Tu aku tgh nak hadam ni. Bkn time tu anak Tun ke yg jaga. Tanyala dia. Kan dah comolot siap pakai baju rumah sukan yg sama. Ke terlupa? Hahahah
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2023 12:07 PM | Show all posts
tripleid replied at 27-7-2023 11:45 AM
tanya Pudin watpa??pi  lah tanya MB kedah sblm hang si Boboi Mukhriz tuh,bukanke hang skrg dah comol ...

Hahaha betul juga kan lupa pasai tu.. bodohnya la MB hebat nih.
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2023 12:11 PM | Show all posts
Sultan dia mmg rilek je ke dpt MB mulut lancang mcm ni....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-7-2023 12:27 PM | Show all posts
Samerosie replied at 27-7-2023 12:07 PM
Hahaha betul juga kan lupa pasai tu.. bodohnya la MB hebat nih.

dia tak boleh attack mukhriz sbb Atok dah comolot dgn PN..Pudin lak yg jadi mangsa
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2023 12:40 PM | Show all posts
kem yang nak jatuhkan sanusi ni kem sama dengan langkah kajang yang jatuhkan tan sri khalid. last2 masuk penjara dan azmin jadi mb
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2023 03:56 PM | Show all posts
Tengah galak cari mana nak tembak tengok2 lawan dah pindah duk sebelah
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2023 04:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Apoo replied at 27-7-2023 09:43 AM
Nusi, klu hg ada bukti, serahkan kat sprm bagi depa siasat. Yg hang pi simpan tu buat apa? Dah 3 t ...

Udah veval gitu le caranye
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 01:06 PM GMT+8 , Processed in 0.163005 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list