CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 167|Reply: 0

[Pulau Pinang] Semalam Telok Ayer Tawar, hari ini kecoh pula Dominic Lau tanding di Bayan Lepas

[Copy link]
Post time 26-7-2023 06:08 PM | Show all posts |Read mode
Semalam Telok Ayer Tawar, hari ini kecoh pula Dominic Lau tanding di Bayan Lepas


Oleh Siti Aminah Mohd Yusof - Julai 26, 2023 @ 5:18pm  bhnews@bh.com.my




Presiden GERAKAN, Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai. NSTP/HAIRUL ANUAR RAHIM




Bayan Lepas: Berbaki beberapa jam sebelum Perikatan Nasional (PN) mengumumkan calonnya untuk bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN), spekulasi Presiden GERAKAN, Datuk Dominic Lau Hoe Chai akan bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bayan Lepas kian hangat diperkatakan.

Selaku tuan empunya diri, Lau tidak mengiyakan atau menafikan spekulasi bahawa beliau akan bertanding di kerusi majoriti Melayu itu, namun berkata semuanya hanya akan diketahui melalui pengumuman rasmi pimpinan PN malam nanti.

Beliau bagaimanapun mengakui, ada menerima pelbagai pandangan dan cadangan daripada gabungan parti itu termasuk di peringkat bahagian, negeri dan pusat, malah mengambil maklum wujudnya perbezaan pandangan sesama komponen parti itu.

"Kita katakan ini isu dalaman (jadi) semua selesaikan isu itu secara dalaman dan jangan kita buat dekat media untuk membicarakan atau kita menyuarakan perasan itu.

"Kita ada satu objektif yang sangat jelas iaitu memenangkan PN, oleh itu kita akan terus membuat penjelasan dan kita akan memperbaiki komunikasi di antara pemimpin-pemimpin.

"Tapi saya nak katakan, bukan kita saja ada perbezaan pandangan, tetapi saya nampak parti-parti seperti PH (Pakatan Harapan), DAP pun ada juga (perbezaan pandangan)," katanya.

Lau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Jentera DUN Pantai Jerejak di Bayan Baru di sini, hari ini, yang turut dihadiri Pengerusi GERAKAN Pulau Pinang, Oh Tong Keong, yang disebut-sebut bakal diumum sebagai calon DUN Pantai Jerejak.

Ditanya mengenai desas-desus mengatakan kerusi majoriti Melayu menjadi 'rebutan' kerana dianggap berpotensi dimenangi PN, Lau menegaskan tiada kerusi dalam PRN kali ini yang boleh ditawan dengan begitu mudah.

"Kita anggap semua kerusi itu bukan kerusi yang kita kata pasti menang...tiada. Memang semua kena berusaha dan ini semua rakyat yang akan memberi mandat kepada kita.

"Saya juga nak katakan bahawa negara ini berbilang kaum, jadi bagi PN, GERAKAN kita letak calon yang kita katakan sesuai (untuk) kita kurangkan (membangkitkan) isu calon dari segi kaum, agama dan budaya," katanya.

Terdahulu, tular dakwaan Lau akan bertanding di DUN Telok Ayer Tawar yang juga kerusi majoriti Melayu dalam kawasan Parlimen Tasek Gelugor, yang mencetus bantahan dalam kalangan Pemuda PAS di kawasan itu.

Malah Naib Ketua Pemuda PAS Tasek Gelugor, Mohamad Ikhwan Afiq Mohamad Anwar, memberi amaran jika Lau masih berkeras bertanding di kerusi berkenaan, pihaknya bersama seluruh jentera akan menggerakkan perarakan besar-besaran calon Bebas di Telok Ayer Tawar dan Permatang Berangan pada penamaan calon, Sabtu ini.

Terkini, tular dakwaan jentera PAS Bayan Lepas akan menutup bilik gerakan operasi sekiranya Lau bertanding di kerusi DUN itu yang tradisinya ditandingi PAS.

PN yang dianggotai BERSATU, PAS dan GERAKAN dijadual mengumumkan calon mereka bagi empat negeri yang akan terbabit PRN iaitu Selangor, Kedah, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang malam ini, manakala untuk Kelantan dan Terengganu pada malam esok.







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

1-5-2024 08:19 PM GMT+8 , Processed in 0.059460 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list