CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 157|Reply: 0

[Pulau Pinang] Chong Eng kesal tak terpilih jadi calon DAP

[Copy link]
Post time 26-7-2023 06:05 PM | Show all posts |Read mode
Chong Eng kesal tak terpilih jadi calon DAP


Oleh Siti Aminah Mohd Yusof - Julai 26, 2023 @ 4:33pm  bhnews@bh.com.my




Bekas EXCO Pulau Pinang, Chong Eng. Foto fail NSTP




GEORGETOWN: Pengerusi Kebangsaan Sayap Wanita DAP, Chong Eng, menyifatkan keputusan tidak menamakan semula beliau sebagai calon Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini sebagai titik perubahan dalam karier politik beliau sejak 1995.

Chong Eng, 66, berkata beliau bermula sebagai pembangkang tunggal bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Lanchang pada awal pembabitan beliau sebagai wakil rakyat.

"Saya kesal kerana saya tidak bertanding dalam PRN pusingan ini. Ini adalah titik perubahan bagi saya dalam karier politik saya sejak 1995 sebagai pembangkang tunggal di DUN Pulau Pinang ketika itu.

"Saya masih sihat dan anak-anak saya sudah besar yang mana saya boleh mempunyai lebih banyak masa dan tenaga untuk berkhidmat dan menyumbang," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Ibu kepada dua anak itu berkhidmat selama tiga penggal sebagai Ahli Parlimen Bukit Mertajam dari 1999 hingga 2008, selain pernah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perai dan kali terakhir menyandang kerusi DUN Padang Lalang.

Chong Eng yang juga bekas EXCO Pembangunan Sosial selama dua penggal berkata, di bawah portfolio tugas itu beliau sudah merangka pelan lima tahun untuk membantu lebih ramai wanita terutamanya di luar bandar.

"Dengan mempertingkatkan keupayaan ekonomi mereka, mereka boleh meningkatkan pendapatan isi rumah untuk anak-anak mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

"Tidak dapat meneruskan usaha ini dan masih belum lengkap untuk saya dan (ini adalah) penyesalan terbesar saya," katanya.

Meskipun tidak tercalon, beliau menggesa semua pengundi menyokong calon DAP, Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) bagi memastikan Ketua Menteri, Chow Kon Yeow terus menerajui Pulau Pinang.

Beliau berpandangan hasil yang dituai hari ini memerlukan usaha, pengorbanan dan kerja keras untuk DAP yang menjadi sebahagian PH dan Kerajaan Perpaduan dengan usaha itu masih perlu dipertingkatkan lagi.

"Di sebalik rasa tidak puas hati, kita harus fokus untuk memenangi PRN supaya kita boleh terus maju lebih jauh demi kepentingan rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum, lelaki dan wanita, muda dan tua," katanya.







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

1-5-2024 08:20 AM GMT+8 , Processed in 0.436228 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list