CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1737|Reply: 8

Korie Menderita Sakit Buah Pinggang Tahap Tiga, Selalu Letih Tapi Terpaksa Gigih Kerja Nak Cari Duit Untuk Anak

[Copy link]
Post time 26-7-2023 05:25 PM | Show all posts |Read mode
Korie, 54, disahkan mengalami masalah buah pinggang tahap tiga sejak Ogos 2021.


Katanya penyakit itu menyebabkan dia kehilangan berat badan sehingga 16 kilogram.


"Selepas PKP 3.0, pada 28 Ogos 2021, saya disahkan menghidap penyakit buah pinggang tahap tiga. Setakat ini, saya masih di tahap yang belum perlu menjalani rawatan dialisis. Jadi, saya cuba mencari perubatan alternatif dulu. Alhamdulillah, selepas menjalani kehidupan sihat dan mengikut diet yang bersesuaian, sakitnya dah agak berkurangan.


"Cumanya, ada makanan yang saya tak boleh makan contohnya yang terlalu berprotin. Kalau sayur dan buah pun, ada yang saya tak boleh makan," katanya yang juga adik kepada Ratu Rock Negara, Ella.



Foto: Harian Metro





Korie atau nama sebenarnya Azahari Aminuddin berkata, dia pada awalnya diserang sesak nafas beberapa kali sebelum diserang angin ahmar.


"ada awalnya, saya diserang sesak nafas. Kali pertama, doktor beritahu bahawa ia disebabkan gerd. Kali kedua saya diserang pun doktor maklumkan perkara sama.


"Kali ketiga, saya diserang angin ahmar. Selepas itulah baru doktor sahkan bahawa saya ada masalah dengan buah pinggang saya," katanya.


Katanya, dia terpaksa menolak beberapa tawaran kerja kerana tenaga yang terhad.


"Disebabkan penyakit ini, kehidupan saya sedikit sebanyak terganggu. Sepanjang lebih kurang dua tahun ini, banyak tawaran kerja yang saya terpaksa tolak.


"Dari segi suara, tidak terlalu terganggu, kecuali pernafasan. Saya jadi cepat letih. Jadi, sebagai bapa tunggal, saya kena teruskan juga untuk meneruskan kelangsungan hidup.


"Kadang-kadang, sakit juga. Tapi, sebab nak cari rezeki untuk anak, saya terpaksa keluar bekerja juga. Tapi, saya letakkan syarat untuk menyanyi antara satu hingga dua lagu sahaja kerana tenaga saya yang tak lagi kuat.


"Mujurlah ada duit royalti yang saya simpan sedikit dan boleh saya gunakan untuk rawatan dan menanggung kehidupan," katanya.


Selain itu, Korie dan rakan-rakan membuka syarikat produksi untuk terbitkan dokumentari serta filem-filem pendek.


Terbaharu, Korie yang juga bapa tunggal dilantik sebagai ketua juri untuk pertandingan Asli Battle of the Bands, yang juga program pencarian bakat etnik Orang Asli di Selangor.


Sesi ujibakat dan saringan akan bermula 26 Ogos dan akan menjelajah lima kawasan untuk mencari kumpulan-kumpulan muzik dalam kalangan etnik Orang Asli. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-7-2023 07:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah bercerai rupanya. Patut lama x nampak isteri nya
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2023 08:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia nih Dulu frust menonggeng putus Cinta dgn Datin Tinted...apa pun GWS
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2023 09:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Lama dah sebenarnya dia pisah dgn bekas isteri. Lebih dari 10tahun dh rasanya.
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2023 12:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Anak dia berapa org?
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2023 12:37 AM | Show all posts
semoga dipermudahkan urusan. kehidupan skg makin kerassss oii
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-7-2023 08:58 AM | Show all posts
goodluck bang korie
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2023 09:30 AM | Show all posts
doubleA: Anak dia berapa org?

ank 2.. sorg pmpuan blajar kt U rasanya.. sorg lg laki.. cuma x sure yg laki tu ikut ex wife or kt cni.. ex-wife dia org brunei klau x silap..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-7-2023 09:38 AM | Show all posts
renal disease stage 3.. memang tak perlukan dialisis lagi.. tapi.. tolong jangan percaya segala jus ajaib apa smua tu..
jaga makan.. elak makan benda2 yg menambah kerja buah pinggang tu.. herba2.. takyah. Jenuh buah pinggang nk buat kerja nanti. Dahla tinggal baper percent je functional tu.. so maintain aje jaga elok2 jangan makin teruk dah la..

but kalau dah sampai tahap 5.. no choice.. dialisis je la jangan tangguh2.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 02:13 AM GMT+8 , Processed in 0.049976 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list