CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2735|Reply: 31

Bell Ngasri Belanja 100 Set Meatball Percuma! Usung Trofi Ke Hulu Ke Hilir, Tayang Pada Orang Lalu Lalang

[Copy link]
Post time 26-7-2023 02:25 PM | Show all posts |Read mode
Bell Ngasri pada Selasa mengotakan janji mahu belanja makan tengah hari dengan menyediakan hidangan bebola daging buat 100 peminat bertuah di seluruh cawangan Pak Mat Western Cafe.


"Bell Ngasri tak 'auta' (menipu) geng, dia buat betul-betul kenduri.


Hari ini seluruh cawangan Pak Mat Western Cafe, 100 set meatball percuma!," tulisnya di Instagram.



Foto: IG





Bell turut memuat naik foto peminat yang sudah berbaris bagi mendapatkan bebola daging percuma di restoran tersebut.


Bell turut melahirkan penghargaan buat restoran tersebut yang membantunya merialisasikan manifesto ketika mengadakan kempen mengundinya di ABPBH35.


Kata Bell, dia akan cuba sedaya upaya merialisasikan permintaan peminat bagi menggembirakan mereka yang telah banyak menyokongnya.




  



"Terima kasih buat @pakmatwesterncafe yang nak bantu saya serba sedikit untuk merialisasikan manifesto saya... terima kasih sangat.


"Insya Allah atas permintaan sikit-sikit saya cuba apa yang mampu," katanya.


Sementara itu, menerusi hantaran berbeza di Instagram miliknya, Bell turut menjelaskan tuduhan dia kononnya bersikap riyak apabila mengusung trofi kemenangannya ke mana sahaja dia pergi.


  



Jelas Bell, dia menanti selama 37 tahun untuk menerima penghargaan terbesar dalam karier seninya dan merasakan tidak menjadi kesalahan dia berkongsi kegembiraan itu bersama masyarakat.


"Bab tunjuk piala, bukan riyak tapi 37 tahun tak pernah pegang piala ABPBH, apa salahnya saya kongsi dengan masyarakat yang lalu lalang," ujarnya.'


  



Jumaat lalu, Bell mencipta sejarah apabila menerima trofi berkenaan selain memenangi kategori Artis Komedi Popular.


  



Ia merupakan pencalonan kali pertama Bell menerusi anugerah itu sejak bergelar pelakon. -CARI


Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-7-2023 02:43 PM From the mobile phone | Show all posts
wahhh cayalah bell
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2023 02:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Ok je kalau dia dapat anugerah ni, lagipun 37 tahun tak pernah dapat.

Tapi adakah anugerah ni menggambarkan reality sebenar kepopularitian dia? Atau pity vote? Dia menang sebab viral punya faktor.

But bagus la, sebab bila dia menang dia appreciate voters, dia buat kenduri besar besar macam ni walaupun hadiah dia dapat seeedehhhh. So iols tak pasti nak berperasaan macam mana
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2023 02:58 PM From the mobile phone | Show all posts
KucingBiru replied at 26-7-2023 02:48 PM
Ok je kalau dia dapat anugerah ni, lagipun 37 tahun tak pernah dapat.

Tapi adakah anugerah ni meng ...

Fenomena  bangkobar suffice utk dia merangkul anugerah tersebut dibandingkheun calon calon lain....

You dont think so?
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2023 02:59 PM | Show all posts
pelawak yg pnh menang bintang plg popular sblm bell, apek & nabil


cuma yg lain sgt ttg bell adalah usia perjalanan seni die tu
from debut year until dia mng tu sgt jauh
tu yg xpnh dikecapi oleh artis sblm ni

maybe rosyam la
tp bell lg lama
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2023 03:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Siannya...mcm jakun. Sian,msti dia ingt dia betul2 layak sbb btul2 lawak.actually, dia menang sbb ihsan mlysian. Kita ksian dia xpenah mng.thats y bantu dia utk dpt gak 1 trofi. I xpenah gelak dgn lawak dia. I lg kerap gelak dgn ropie. Hope next ropie lak mng. Bell ni for me xjugak lawak. Cuma i salute sbb dia and siblings mmg xde issue.smua good2 pandai bawa diri dlm industri.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-7-2023 03:05 PM | Show all posts
mmg nk kene sebulan ke cite die saje?
tak habis2 lg eh
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2023 03:06 PM | Show all posts
Manusiabesa replied at 26-7-2023 03:03 PM
Siannya...mcm jakun. Sian,msti dia ingt dia betul2 layak sbb btul2 lawak.actually, dia menang sbb ih ...

Well said.. menang sbb simpati org awam..

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-7-2023 03:11 PM | Show all posts
kdg2 terover ugak mamat ni. hrp pandai kawal diri skit dari terlalu menerobos sempadan adab.
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2023 03:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah netizen jugak yg yak yak yey kan dia aritu, so hadap la cte ni sebulan
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2023 03:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Manusiabesa replied at 26-7-2023 03:03 PM
Siannya...mcm jakun. Sian,msti dia ingt dia betul2 layak sbb btul2 lawak.actually, dia menang sbb ih ...

Well said kaka...

Btw banyak tul pak mat western ni keluar modal untuk marketing... Mesti masuk kan...

Lepastu bagitau retis sekian sekian belanja...

Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2023 03:47 PM | Show all posts
Manusiabesa replied at 26-7-2023 03:03 PM
Siannya...mcm jakun. Sian,msti dia ingt dia betul2 layak sbb btul2 lawak.actually, dia menang sbb ih ...

jujur sgt ni...hehehe

Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2023 03:52 PM | Show all posts
Manusiabesa replied at 26-7-2023 03:03 PM
Siannya...mcm jakun. Sian,msti dia ingt dia betul2 layak sbb btul2 lawak.actually, dia menang sbb ih ...

Well kalau Malaysian mampu menangkan Ropie, memang salute la.
Sah-sah, untuk shortlisted ke top 5 heolls macam mustahil.


Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2023 03:52 PM | Show all posts
Noraniza_Iblis: mmg nk kene sebulan ke cite die saje? tak habis2 lg eh


Ok jah citer dia up hari2 pun meolls suka.. sama jugak citer Wati dan Soeb (WASOHAI) .. hari2 keluar kat forum cari.. ekekeke

Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2023 04:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Bell ni bukan drive Audi ke? Ke aku yg silap?
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2023 04:09 PM | Show all posts
KamikuP replied at 26-7-2023 03:52 PM
Ok jah citer dia up hari2 pun meolls suka.. sama jugak citer Wati dan Soeb (WASOHAI) .. hari2 kelu ...

saya setuju suka baca aje
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-7-2023 04:19 PM | Show all posts
tapi hadiah dia macam biasa2 je kan...
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2023 04:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Oklah tu i suka je dia menang.

Dgr ucapan dia pun rasa byk dah dia korbankan ...masa depan dia sendiri utk belakon.
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2023 08:54 AM | Show all posts
sukati engko la belll
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2023 10:10 AM | Show all posts
Congrats bell..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2025 05:24 PM GMT+8 , Processed in 0.691994 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list