View: 728|Reply: 5
|
Bekas Sami, Isteri Dan Ibu Didenda RM2,000 Buat Laporan Palsu Disamun Untuk Tuntut Insurans
[Copy link]
|
|
Mahkamah memerintah bekas sami bersama isteri dan ibunya, masing-masing didenda RM2,000 kerana membuat laporan palsu disamun untuk menuntut insurans, pertengahan bulan ini.
Majistret Qasiratul Jannah Usmani Othman juga memerintahkan R. Velayuthan, 47, isterinya G. Gunawathi, 44, dan ibu Velayuthan, C. Parvathy, 83, yang mengaku bersalah atas pertuduhan itu dipenjara tiga bulan jika gagal menjelaskan denda itu.
Berdasarkan fakta kes, Velayuthan didakwa membuat laporan palsu kononnya isterinya disamun tiga lelaki bertopeng dan bersenjatakan parang semasa berseorangan di rumah, menyebabkan kerugian RM16,000.
 Gambar hiasan
Bagaimanapun, siasatan polis mendapati Velayuthan merupakan dalang utama dalam kejadian itu bagi membuat tuntutan insurans.
Bekas sami itu didakwa melakukan perbuatan berkenaan di Balai Polis Karak di sini pada pukul 4.53 petang, 17 Julai lepas, manakala Gunawathi dan Parvathy masing-masing didakwa memberi keterangan palsu pada 5.05 petang dan 5.44 petang hari sama kepada pegawai penyiasat yang menyiasat laporan itu.
Pendakwaan terhadap semua tertuduh dibuat mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum enam bulan atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Pada prosiding hari ini, peguam M. Kabilan yang mewakili semua tertuduh memohon denda paling minimum kerana mereka hanya bergantung kepada pendapatan bulanan Velayuthan sebanyak RM2,000 sebagai sami di sebuah kuil di Karak.
"Bagaimanapun tertuduh yang telah 23 tahun berkhidmat di kuil itu telah meletak jawatan ekoran kejadian ini. Tertuduh mempunyai reputasi baik dalam kalangan penduduk di Karak serta amat menyesal dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi.
"Gunawathi dan Parvathy juga menyesal dengan perbuatan mereka. Mereka tidak mempunyai niat lain melainkan hanya mengikut cakap suami dan anak (Velayuthan)," katanya.
Kabilan berkata semua tertuduh juga telah membuat pengakuan dan menjelaskan kejadian sebenar kepada polis semasa siasatan dijalankan, selain turut membuat pengakuan sama semasa kali pertama dihadapkan ke mahkamah.
Velayuthan dan Gunawathi mempunyai dua anak dan anak bongsu mereka berusia 14 tahun adalah Orang Kurang Upaya (OKU) yang dihantar ke sekolah khas.
Timbalan Pendakwa Raya S. Punitha pula memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal sebagai pengajaran kerana perbuatan mereka mendatangkan kesukaran kepada pihak berkuasa.
Sumber: Bernama |
|
|
|
|
|
|
|
mcm tu jeee ek nak claim. |
|
|
|
|
|
|
|
dia tak pk ke polis akan siasat dulu kenyatannya...sami pun... |
|
|
|
|
|
|
|
Yang ini baru berbaloi sikit kot sebab nak claim insuran banding kes budak yang nak lari bayar denda JPN
|
|
|
|
|
|
|
|
Si mek yah buat laporan palsu sampai 2x dekat balai polis pandan indah siap bawa sendiri ketas A4 tulis2 tangan untuk copy n paste takde pun kena denda
Wakakakakaka
cc @_blackbird |
|
|
|
|
|
|
|
BumpIQ replied at 27-7-2023 03:32 PM
Si mek yah buat laporan palsu sampai 2x dekat balai polis pandan indah siap bawa sendiri ketas A4 tu ...
Ahahaha abam2 polis pon ghisau nak denda mekyah kang ada sorg2 kepala abam polis kena kokak dengan godzila vs kong
 |
|
|
|
|
|
|
| |
|