CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1100|Reply: 7

Kalau Saya 7 Tahun Pun Boleh Sabar, Uqasha Yang Baru 2 Tahun Kahwin Mesti Boleh Tahan Dicerca Tiada Anak

[Copy link]
Post time 26-7-2023 12:08 PM | Show all posts |Read mode
“Mulut orang memang tidak boleh tutup dan disebabkan itu jugalah hati kita boleh terkesan."


Pelakon Aprena Manrose menitip nasihat buat sepupunya, Uqasha Senrose agar sentiasa kuat dalam berdepan kecaman ramai berhubung isu zuriat selepas dua tahun mendirikan rumah tangga.




IG




“Jika tiada orang punya mulut (kecaman), kita okey sahaja sebenarnya.


“Saya sudah tujuh tahun berkahwin, Uqasha pula baru dua tahun. Kalau tujuh tahun (tiada anak) pun boleh sabar menahan mulut orang, dia pasti boleh juga,” kata Aprena, 30, kepada Kosmo! Online.


Pemilik nama penuh Wan Syahera Putri Aprena Wan Syahman mengakui isu anak sangat sensitif dalam kalangan wanita yang sudah berkahwin.


“Saya ada beri nasihat kepada Uqasha apabila dia dihentam sebegitu, sebab saya lagi kuat berbanding dia.


“Selalu juga saya pesan, dia baru dua tahun kahwin dan perlu banyak bersabar.


“Kalau Allah SWT nak beri, Dia akan bagi dan kalau tidak, maksudnya belum masanya lagi,” ujarnya.


BACA JUGA: Aprena Manrose 'Down' IVF Gagal, Nak Kembali Aktif Berlakon


Sebelum ini, Uqasha pernah menerima komen berbaur sindiran daripada segelintir individu yang mempertikai dia masih belum dikurniakan cahaya mata selepas dua tahun berkahwin dengan pelakon, Kamal Adli.


Bukan itu sahaja, komen netizen tersebut turut menyindir dengan memetik nama adik-beradik dan keluarga Uqasha seperti Nelydia Senrose dan Aprena yang juga masih belum menimang cahaya mata.




Sumber: KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-7-2023 12:57 PM | Show all posts
ilek laa.. mulut org ni mana boleh tutup..
ada ke takde anak ke.. ada cucu ke.. xde cucu ke...
akan bunyi.. lepas 1 point dia pi point 2 dan seterusnya.
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2023 01:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Kita boleh pilih bahagia yang kita nak tu macam mana.. kalau rasa dah bahagia berdua, fokuslah kehidupan berdua.. jangan layan sangat kata cercaan orang..
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2023 01:47 PM | Show all posts
Soalan bagi wanita tak akan pernah habis. Lepas SPM, tanya tak sambung blj ke, masuk IPT mana, ambik jurusan ape? Dah grad, tanya pula dah kerja ke? Dah tu ada bf tak, bila nak kawen. Dah kawen bila nak dpt baby. Dpt baby pertama, tanya lagi bila nak dpt baby kedua. Bila bercerai, tanya juga kenapa bercerai, dah tu tak nak cari pengganti ke? Semua tu harus ada jawapannya kan?
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2023 02:03 PM | Show all posts
pedulikan je mulut orang tu semua...

sibuk dengan orang punya anak... entah pape jah...

Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2023 02:09 PM | Show all posts
Entahnya abaikan aje lah.. bukan deme tu yg bagi duit esok2 kalau dah beranak pinak.  skrg pun makan minum bukannya org2yg byk mulut tu tanggung... buat tak tau aje.... aman2 je
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-7-2023 03:26 PM | Show all posts
Tak yah layan mulut puaka tu..dok tanya pasal zuriat orang
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2023 03:40 PM | Show all posts
deme tak caye konsep rezeki...
gitu la jadiknye mulut hansuang memasing
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 02:14 AM GMT+8 , Processed in 0.090975 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list