CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 305|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Lebih 50 pengikut SiHulk menunggu untuk 'berhijrah' ke New Zealand

[Copy link]
Post time 25-7-2023 03:05 PM | Show all posts |Read mode

LAPORAN Harian Metro sebelum ini.

Kuala Lumpur: Dianggarkan lebih 50 pengikut ajaran sesat, SiHulk sedang menunggu untuk 'berhijrah' ke New Zealand serta mendapatkan suaka di negara berkenaan.

Mereka juga akan kembali 'bersatu' dengan sejumlah 150 pengikut ajaran terbabit yang sudah berada di negara berkenaan bersama-sama dengan ketua ajaran itu, Suhaini Muhammad.

Sumber pasukan keselamatan berkata, sejumlah individu pengikut ajaran ini yang masih berada di dalam negara sedang menunggu keadaan kembali 'tenang' susulan pendedahan media kebelakangan ini.

"Ketua mereka (Suhaini) ada mengeluarkan arahan kepada semua pengikut ajaran terbabit untuk merahsiakan bahawa mereka ada pengikut ajaran SiHulk.

"Suhaini juga mengeluarkan arahan untuk ahli kumpulan ini yang disekat daripada 'berhijrah' ke New Zealand untuk 'taqiyyah' iaitu menyembunyikan keimanan mereka bersumberkan kepada ajaran terbabit," katanya.

Arahan itu antara lain berbunyi, bagi ahli SiHulk yang disekat berhijrah, sila rahsiakan status kamu sebagai ahli SiHulk agar kamu selamat, dengan menyamar dan menyampaikan secara halus.

Sumber itu juga memaklumkan, pihaknya juga mempunyai maklumat bahawa kehidupan mereka di negara berkenaan tidaklah selesa seperti digambarkan kerana ada dalam kalangan mereka yang menjual air, memetik buah dan ramai juga tidak bekerja serta mengharapkan bantuan daripada waris di Malaysia," katanya.

Pada masa sama, Pensyarah Jabatan Hubungan Antarabangsa, Keselamatan dan Undang-Undang, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Profesor Dr Mohd Mizan Mohd Aslam berkata, pihak berkuasa di negara ini boleh memaklumkan kepada New Zealand berhubung pergerakan kumpulan itu yang mahu masuk serta menetap di negara berkenaan.

"Bagaimanapun, pihak New Zealand selalunya tidak terlalu mengambil berat mengenai kepercayaan tertentu melainkan pihak berkuasa Malaysia boleh membuktikan mereka mempunyai kecenderungan terhadap ideologi ganas serta terrorisme.

"Jika ideologi mereka terbukti mengandungi unsur radikalisasi, maka sudah pasti pihak berkuasa New Zealand akan mengambil berat tentang kemasukan ahli ajaran itu," katanya.

Mohd Mizan berkata, pihak berkuasa agama juga boleh menggunakan enakmen negeri untuk menyekat mereka daripada keluar sehingga siasatan selesai.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... jrah-ke-new-zealand
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 10:24 PM GMT+8 , Processed in 0.802003 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list