View: 1648|Reply: 23
|
Sedih Nasi Lemak Sekarang Makin Merepek, Cincai Je Masak Sambal Pucat!
[Copy link]
|
|
Orang lain berniaga, dia pun nak buat juga untuk cari pendapatan.
Namun, sikap segelintir peniaga yang memasak ala kadar dan hanya memikirkan keuntungan semata-mata menimbulkan rungutan para pelanggan.
Buktinya, banyak rungutan pelanggan mengenai makanan tidak setimpal dengan harga yang dikongsi di media sosial.
Baru-baru ini tular di TikTok rungutan seorang pelanggan yang kecewa apabila nasi lemak yang dibelinya bukan sahaja tidak sedap, malah kelihatan 'sendu'.
"Orang meniaga nasi lemak ni, makin hari makin merepek aku tengok. Orang meniaga, kau nak meniaga tapi tak nak belajar masaknya macam mana.
"Main hentam buta je. Jarang jumpa nasi lemak yang betul-betul sedap. Ni apa ni?? Haihh sedih betul nasi lemak sekarang," luahnya sambil merakam video nasi lemak yang dibeli.
Dia menyifatkan peniaga hari ini semakin ramai yang 'merepek'. Sedih katanya melihat nasi lemak yang kebanyakan dijual sekarang.
Daripada video yang dikongsikan, kelihatan sambal yang menjadi elemen utama dalam nasi lemak tersebut berwarna pucat, malah nasinya juga tidak kelihatan berminyak seperti sepatutnya.
Selain itu, ikan bilis juga tidak kelihatan di dalam nasi lemak yang dibelinya itu.
Menurut individu berkenaan, luahan dibuat bukanlah mahu berhujah soal harga atau mempertikaikan niat orang lain untuk berniaga, sebaliknya sekadar menyuarakan pandangan agar golongan peniaga makanan mempelajari ilmu masakan sebelum menjualnya.
Tidak sekadar nasi lemak, individu tersebut memuat naik video mi goreng yang dibelinya, yang tidak ubah seperti mi kuning yang belum dimasak.
"Kau tengok mi goreng ni. Dengan pucatnya.... aku tak tahu dekat mana dia belajar buat mi goreng. Lepas itu jual sebungkus RM1. Kalau dia (peniaga) fikir 'alaa RM1 cincai sajalah masak'... Tak boleh macam tu.
"Jangan macam ini... kena perbaiki masakan kau. Ini cincai masak," jelasnya lagi.
Menjengah ruangan komen, rata-rata turut bersetuju dengan pandangan individu berkenaan malah turut berkongsi pengalaman hampir serupa.
Sumber: mStar |
|
|
|
|
|
|
|
ramai org terdesak cari duit tapi tak pandai pun memasak...sama waktu bazar ramadhan |
|
|
|
|
|
|
|
To be honest nowadays I tengok semua orang nak menjual makanan, tapi masalahnya tak reti masak. Bila tak laku mula la salahkan semua orang padahal dah kau masak tak sedap sapa nak beli? |
|
|
|
|
|
|
|
Sapa suruh ko beli dekkk..
Dgn harga singgit ko bole expect kualiti hauk.
Bukan semuaaaa..
Kebanyakan mmg mcm tuh leni.
Yg juai 2hinggit pon hauk masakan ini pulak SINGGIT!
Bangang simpan sikit.
Lapaq viral je lebih.
|
|
|
|
|
|
|
|
dia tak salahkan orang, dia salahkan jin setan semua..kena bomoh katanya
|
|
|
|
|
|
|
|
Falsampah iols, you try at least once. Kalau tak sedap next time tak patronise la tempat tu lagi, kalau sedap datang lagi. Tu je. takan complen pasal quality makanan tu kecuali tiba2 ada lipas ke tikut mati ke dalam makanan. Orang lama2 pun akan do the same thing, tak beli dah kat dia.
Ini nampak orang buka stall tepi jalan jual nasi lemak beratur, eh kau pun buka seberang jalan tapi makanan kau hauk tak orang beli. Lepas tu cerita kena sihir la jumpa paku tertanam lah....geez |
|
|
|
|
|
|
|
duit kita. . . jd kita pilih la yg berbaloi..
ya nk masak sendiri, tkde masa, membazir sbb mkn dua org je.
yg penting kebersihan nya.
pd aku, kot sedap. mmg aku ulang beli dan bg tau sedap nasi lemak dia. jd semangat lah skit dia meniaga.. |
|
|
|
|
|
|
|
Lepas itu jual sebungkus RM1
dia nak taip satu pound sterling kot, typo.
|
|
|
|
|
|
|
|
Aku minggu lepas baru terjumpa gerai nasi lemak sedap depan bhp jln kuching. Sambal dia antara tersedap yg aku pernah makan. Aku sanggup pusing jauh sikit semata mata nak ke gerai dia. Pastu baru g keje. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau makan kat kedai or restaurant nampak cara penyediaan ie kedai kotor Tak masuk..risiko bila makann bawah khemah,Tak tulah mcam mana penyediaan ..nampak terbungukus molek so tertarik membeli ..sekali beli rupa ada rasa tiada |
|
|
|
|
|
|
|
ni bagi anjing pun taknk
campak je kt muka penjual tu balik
buat malu org yg betul2 minat masak dgn penuh jiwa raga masak perlu cukup rasa indah rupa
|
|
|
|
|
|
|
|
kebanyakkan yang masak sekarang ni Indon.. memang la tak sedap. |
|
|
|
|
|
|
|
aku plg menyampah sambal nasi lemak cair..aku suka sambal nasi lemak kaler glp pastu kering ckit..jaman now nie indon acah2 jual nasi lemak mcm terpaling sdp |
|
|
|
|
|
|
|
Mi tu teruknya
Baru ni laki iols pi beli nasi belauk sskjp mama amara ke hapa nama dia..yarabbi rm5 nasi dgn kepak anak ayam kot
|
|
|
|
|
|
|
|
Nak jimat telur sampai telur campur tepung taw sbg lempeng telur kerat 10 |
|
|
|
|
|
|
|
mungkin yg beli ni kalau dia pandai masak nasi lemak ikut citarasa dia, lepas tu bagi penjual tu rasa..haa ckp, mcm ni baru nasi lemak |
|
|
|
|
|
|
| |
|