Menurut Elly, sokongan suami tercinta, Mohamad Azlan Che Nuh yang memahami tuntutan kerjaya seninya menjadi antara pembakar semangat untuk terus yakin terhadap kemampuan diri.
Hakikatnya, Elly yang mencuri tumpuan selepas menyertai musim ketiga pertandingan nyanyian popular, Gegar Vaganza (GV) pada 2016 tidaklah mempunyai strategi khusus untuk membolehkan trofi impian berada dalam genggamannya.
“Memang saya tak punya strategi tertentu untuk bolos Top 5, sebaliknya cuma ada peminat yang sanggup mengundi tanda kasih sayang mereka, ini paling mengharukan,” tambah ibu kepada dua cahaya mata itu.
Biarpun tidak sampai ke final, impak GV membawa Elly menjadi penyampai trofi pada Anugerah Skrin (ASK) bersama Shuk Sahar pada 2019 sehingga menarik perhatian ramai dan akhirnya dilamar mengendalikan majlis anugerah ABP32 bersama Datuk AC Mizal.
Sejak daripada situ, Elly terus menjadi rebutan stesen televisyen bagi mengendalikan aneka program, terutama selepas menggantikan tempat Neelofa mengendalikan MeleTOP, selain mengambil alih tugas Jihan Muse selaku hos GV.
Terbaharu, pelantun lagu Usah Ditambah Bara Yang Tersimpan itu turut menyerlah sepanjang mengacarakan program Big Stage musim kelima bersama pengacara dari Indonesia, Rina Nose.
Sumber: Kosmo