CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 701|Reply: 3

Suspek Mungkin Belajar Buat Bom Di Internet Sebelum Letak Di Kereta Siti Kasim

[Copy link]
Post time 24-7-2023 08:05 PM | Show all posts |Read mode
Susulan penemuan dua botol plastik disyaki bahan letupan termampat (IED) di bahagian bawah kereta milik peguam Siti Kasim pada Jumaat lalu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak menolak kemungkinan suspek mempelajari teknik membuat bahan letupan itu menerusi Internet.


Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata, andaian itu berdasarkan soal siasat yang dijalankan sebelum ini terhadap suspek kes letupan bungkusan di hadapan sebuah restoran di Pandan Indah, Ampang Jaya, Disember lepas yang mengaku mempelajari pembuatan IED di Internet.




Foto: Harian Metro




"DRM masih menjalankan siasatan motif pemasangan IED (pada kenderaan Siti Kasim) itu, bila bahan itu dipasang dan siapa suspek yang terlibat kes berkenaan," katanya kepada Bernama hari ini.


Beliau berkata polis sedang meneliti kamera litar tertutup (CCTV) yang diperoleh dari tempat kejadian bagi mengesan pihak yang bertanggungjawab meletakkan bahan letupan berkenaan di bawah kenderaan Siti Kasim.


Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain dalam kenyataan memaklumkan setakat ini sembilan saksi telah dipanggil untuk dirakam percakapan bagi membantu siasatan kes berkenaan.


Jumaat lalu, Siti Kasim membuat laporan polis berhubung penemuan dua botol plastik menyerupai bahan letupan yang diletakkan di brek bahagian tayar belakang kereta jenis Toyota Celica milik peguam dan aktivis sosial itu.


Siti Kasim menyedari objek tersebut ketika menghantar kenderaannya ke pusat servis kereta di Jalan Maarof, kira-kira 12 tengah hari.




Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-7-2023 08:33 AM | Show all posts
mana nk cari steps buat bom tu?
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2023 04:04 PM | Show all posts
Wpon meolls tak suka si SK ni tapi kalau dah letak bom tu mmg tak aci lah.. huhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2023 07:46 PM | Show all posts
Nasib baik la perasan bom tu. Haih tk dpt bayangkan kalau jadi dekat diri sendiri
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-2-2025 03:16 AM GMT+8 , Processed in 0.048436 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list