CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 275|Reply: 0

Masalah jentera kecewakan Afizi, Pink Racing

[Copy link]
Post time 24-7-2023 04:51 PM | Show all posts |Read mode

AFIZI

Oleh TENGKU DANISH BAHRI TENGKU YUSOFF

MASALAH jentera menghalang dua wakil Tobaki Cilik Pink Racing Team (TCPRT) mendapat kedudukan terbaik pada peringkat kelima Kejuaraan Cub Prix Malaysia kelmarin.

Pelumba TCPRT, Md. Afizi Supaat  berkata, masalah saat-saat akhir itu berlaku sewaktu sesi pemanas badan dan latihan bebas pada sebelah pagi sebelum perlumbaan sebenar.

Situasi itu menurutnya menghalang beliau dan seorang lagi pelumba, Harith Farhan Baharin yang turut mengalami nasib sama dengan jenteranya memburu kedudukan lebih baik.

“Saya tidak dapat menamatkan sesi latihan pagi tadi (kelmarin) dan hanya sempat membuat dua pusingan sebelum jentera tiba-tiba mengalami masalah teknikal.

“Masalah itu dapat diatasi namun ketika perlumbaan saya dapat rasakan prestasi jentera bukan pada tahap sepatutnya dan tidak dapat mempamerkan tunggangan terbaik,” katanya kepada Kosmo! di Kuala Terengganu semalam.

Dalam perlumbaan di Litar Permotoran Terengganu itu, Md. Afizi menamatkan perlumbaan kategori perdana CP150 di tempat ke-18 dengan catatan masa 17 minit 05.420 saat (s).

Nasib turut tidak menyebelahi Harith Farhan apabila gagal menamatkan perlumbaan selepas jenteranya mengalami masalah ketika di pusingan ke-11.

Perlumbaan tersebut dimenangi pelumba Honda Yuzy Estremo Team, Azroy Hakeem Anuar yang mencatat masa keseluruhan 16:23:204s untuk 20 pusingan.

Md. Afizi berkata, masalah teknikal itu sememangnya mengecewakan beliau yang memburu sekurang-kurangnya kedudukan 15 pelumba terbaik untuk memburu mata.

Beliau berkata, bagi kategori pasukan, TCPRT masih jauh ketinggalan di tempat ketujuh daripada sembilan pasukan.

“Begitupun, bagi kedudukan pelumba, saya berpuas hati mengumpul 17 mata  untuk kategori pasukan, TCPRT masih di tempat ketujuh daripada sembilan pasukan.

“Ini adalah tahun pertama TCPRT dalam kategori perdana CP150 dan masih ada ruang untuk meningkatkan prestasi.  Kami akan bangkit pada peringkat seterusnya,” katanya. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2023/07 ... ewakan-pink-racing/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 10:05 PM GMT+8 , Processed in 0.056971 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list