CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 938|Reply: 7

Pertuduhan Terhadap Safiey Ilias 'Cacat', Komunikasi Seksual Tak Jelas - Peguam

[Copy link]
Post time 24-7-2023 03:40 PM | Show all posts |Read mode
Ampang: Pasukan pembelaan yang mewakili Safiey Ilias menegaskan lelaki itu disabitkan atas pertuduhan 'cacat' dan pihaknya mengemukakan bantahan awal terhadap dua daripada empat pertuduhan yang dihadapi usahawan kosmetik itu.


Bantahan awal secara lisan itu dikemukakan di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini di hadapan Hakim Norhazani Hamzah.


Dalam hujahannya, peguam Harjeet Singh Sidhu berkata, kedua-dua pertuduhan mengikut Seksyen 11(1)(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 itu 'cacat' kerana tidak menjelaskan butiran komunikasi seksual yang didakwa berlaku antara tertuduh dengan kedua-dua remaja berkenaan.






Katanya, ketiadaan butiran khusus itu menyukarkan pihaknya menyoal balas saksi-saksi dan menyediakan pembelaan kelak kerana perkataan 'berkomunikasi secara seksual' digunakan hanya secara am.


Selain itu, Harjeet berkata, pihak pendakwaan juga belum menyerahkan rakaman sidang video secara langsung di Instagram serta rakaman daripada Pusat Temuduga Kanak-Kanak (CIC) yang diambil daripada kedua-dua remaja berkenaan.


Sehubungan itu, beliau memohon pihak pembelaan diberi masa untuk mengemukakan penghujahan bertulis berhubung isu yang dibangkitkan.


"ihak pembelaan mahu supaya mahkamah mengeluarkan perintah terhadap isu yang dibangkitkan sebelum perbicaraan bermula hari ini," katanya.


Hakim Norhazani bagaimanapun mempersoal mengapa bantahan awal itu tidak dikemukakan pada pengurusan kes sebelum ini.


Mahkamah kemudian menetapkan 7 Ogos ini bagi kedua-dua pihak memfailkan penghujahan bertulis dan pendengaran bantahan awal pada 16 Ogos manakala keputusan pula ditetapkan pada 24 Ogos.


Norhazani turut menetapkan tarikh perbicaraan baharu pada 4, 5 dan 11 September serta 2 Oktober ini.


Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya Nurfadzlin Mahmad Zulhasnan berkata, isu berhubung bantahan awal itu tidak dibangkitkan sebelum ini dan pihaknya juga tidak menerima notis bahawa ia akan dikemukakan ketika prosiding perbicaraan hari ini.


Oleh yang demikian, beliau memohon masa untuk mendapat arahan daripada Pengarah Pendakwaan Selangor dan menjawab bantahan awal itu.


Safiey Ilias atau nama sebenarnya Mohd Safiuddin Ilias, 29, didakwa atas dua pertuduhan berkomunikasi secara seksual melalui platform Instagram dengan dua remaja lelaki yang ketika itu berusia 14 tahun.


Usahawan yang popular dengar lagu 'Syinta Gila' turut didakwa melakukan amang seksual bukan fizikal iaitu menggoyang-goyangkan payudara di hadapan dua remaja sama bagi maksud seksual.


Safiey Ilias didakwa melakukan kesemua perbuatan itu di sebuah rumah di Bandar Baru Bangi, jam 9 pagi pada 9 Jun 2021.


Bagi kesemua pertuduhan itu, Safiey Ilias didakwa mengikut Seksyen 11(1)(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.


Seksyen itu membawa hukuman maksimum penjara tiga tahun dan Seksyen 15 (a)(i) yang membawa hukuman maksimum penjara 10 tahun atau denda RM20,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.




Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-7-2023 03:48 PM | Show all posts
muka dah cam ikan buntal da ni..
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2023 04:00 PM | Show all posts
Betul. Si Sapie ni memang cacat.
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2023 04:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Teroknya nmpk dia ni
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2023 04:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Huduhnya muka. Membazir duit duk renno hasilnya haus.


Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2023 04:51 PM | Show all posts
ada orang beli lagi ke produk dia ni

ke jadi tempat cuci duit je
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-7-2023 05:25 PM | Show all posts
hasil surgery macam kena tulah dan sumpahan. muka pondan yg kawen dengan pengkid sebab nak perhatian tu pun kalahkan kau 1 anak mata. lain kali ari klinik yg bertauliah, bukan klinik yg memang dikelolaan oleh pondan. kalau dapat doktor pondan memang dia burukkan lagi muka kau agar takde saingan. doktor tu nak dia sorang je cantik
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2023 07:09 PM | Show all posts
Pertuduhan yang tak cacat nya macam mana, siap video goyang tek ka?

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-3-2025 04:34 AM GMT+8 , Processed in 0.040942 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list