View: 2993|Reply: 40
|
"Terkejut Ustaz Buat Perkara Sebegitu," Bapa Mangsa Gangguan Seksual Menyesal Hantar Anak Bermalam Ke Rumah PU Azman
[Copy link]
|
|
Bapa kepada seorang mangsa gangguan seksual PU Azman memberitahu Mahkamah Sesyen Seremban bahawa dia pernah menghantar anak lelakinya ke rumah selebriti itu untuk bermalam pada Februari 2022 yang terletak di Sendayan, Negeri Sembilan.
Menjawab soalan Timbalan Pendakwaraya kes berkenaan iaitu Husni Mohd Ramly, keputusan itu dibuat kerana dia sebagai bapa percaya PU Azman atau Azman Syah Alias, 42, boleh memberi didikan agama serta nasihat kepada anak lelakinya itu.
Malah mangsa yang ketika itu berusia 17 tahun juga diberi keizinan untuk bermalam di rumah Azman ketika itu selepas dia menghantar sendiri anaknya dari rumah mereka yang terletak di Klang, Selangor.
 Foto: IG
"Saya percaya Azman boleh bagi nasihat dan ilmu agama kepada anak saya. Saya minta dia (Azman) beri nasihat kepada anak saya.
"Saya hantar anak ke sana kerana dia sendiri yang mahu pergi (ke rumah Azman)," katanya.
Saksi pendakwa itu membuat pengakuan di hadapan Hakim Datin Surita Budin yang mendengar kes berkenaan pada Isnin.
Dalam pada itu, saksi sama memberitahu dia mengetahui perbuatan sumbang Azman selepas diceritakan oleh seorang guru sekolah yang turut mendakwa anaknya menjadi mangsa pendakwah tersebut.
Pertemuan dengan guru berkenaan pada 27 Ogos tahun lalu di sebuah hotel di Shah Alam telah membongkar perkara berkenaan sebelum dia bertindak membuat laporan polis pada 31 Ogos 2022.
Saksi, 54, memaklumkan pada mahkamah mangsa dan Azman pertama kali bertemu apabila pendakwah itu dijemput memberi ceramah motiviasi di sebuah sekolah kebangsaan.
"Saya terkejut perkara ini boleh berlaku sebab tak percaya ustaz boleh buat perkara begitu," katanya.
Sementara itu bapa mangsa mendakwa anaknya juga turut mengalami masalah tekanan susulan apa yang berlaku.
Selain itu remaja berkenaan turut meminta untuk menamatkan pengajian di kolej vokasional.
Pada 12 Oktober tahun lalu, PU Azman didakwa atas lima pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap dua remaja lelaki pada Februari dan Julai tahun lalu.
Berdasarkan pertuduhan, tertuduh telah melakukan amang seksual fizikal ke atas mangsa remaja lelaki berusia 16 dan 17 tahun dengan cara melakukan perbuatan kelucahan melampau.
Kesalahan itu dilakukan di tandas dan ruang tamu sebuah rumah di Taman Tiara Sendayan di Nilai, di sini pada 6 Julai 2022.
Seramai 12 saksi berkemungkinan akan dipanggil pihak pendakwaan bagi memberi keterangan termasuk doktor, ibu bapa, mangsa dan pegawai penyiasat.
Selain itu, PU Azman turut berdepan tujuh lagi pertuduhan berhubung kesalahan jenayah seksual yang didakwa dilakukannya terhadap dua kanak-kanak dan seorang remaja di Mahkamah Shah Alam, Klang dan Ampang.
Perbicaraan akan disambung petang Isnin. -CARI
Sumber: mStar |
|
|
|
|
|
|
|
so bapa mangsa boleh tuntut kerugian tu...
kemurungan, tekanan perasaan, trauma....
apa lagi... tuntut jangan tak tuntut..... |
|
|
|
|
|
|
|
Bapak nya pon,apa ko xleh bagi nasihat agama pada anak sndri ke???smpaikan biarkan anak bermalam kat umah ustaz bagai...terlalu husnuzon agaknya |
|
|
|
|
|
|
|
Astaghfirullah..tepuk dahi |
|
|
|
|
|
|
|
Celaka nya manusia mcm ni. |
|
|
|
|
|
|
|
really ?
Macam scam je cerita ni ...
|
|
|
|
|
|
|
|
Ramainya mangsa ko cikman. |
|
|
|
|
|
|
|
Ig dia dah kembali active nampaknya
tapi komen semua tutup la |
|
|
|
|
|
|
|
Lain kali hantar dkt@Kurex je. Pasti selamat. |
|
|
|
|
|
|
|
Klau pu azman ni jumpa pmx agak2 apa jadi... |
|
|
|
|
|
|
|
adelea replied at 24-7-2023 07:53 AM
really ?
Macam scam je cerita ni ...
Che man ni tgk cara dia duduk dan cara dia jalan dah tahu something not right |
|
|
|
|
|
|
|
zuuu replied at 24-7-2023 03:22 PM
Bapak nya pon,apa ko xleh bagi nasihat agama pada anak sndri ke???smpaikan biarkan anak bermalam kat ...
Ustaz kot…. Dekkkk. Manalah dia nak sangka saorang ahlul syorgawi boleh tergamak buat gitu dek…. Ekceli sebenarnya akak 99% yakin budak cilaka tu yang nak merasa batang niaqmat azman dekkk…. Tapi dah alang2 kantoi, maka budak cilaka tu buat2 la jadi victim siap trauma apa bagai, dekkkk…..  |
|
|
|
|
|
|
|
Cik man ni kalau apply jadi hanak hekan akak, akak terima sis. Heols kinda cute jua sis.  |
|
|
|
|
|
|
|
gigahertz replied at 24-7-2023 07:09 PM
Che man ni tgk cara dia duduk dan cara dia jalan dah tahu something not right
Ohhh ok … iols pernah nmpk dia baring2 post ig story dgn anak kucing .. tapi xde la pk apa apa |
|
|
|
|
|
|
|
Amang seksual apa yg pondan tu suruh anak brader ni buat? Bj? Berani betul buat kat anak org. |
|
|
|
|
|
|
|
X kan la ustadz buat cenggitu. Ustadz kot. Kalo paderi mungkin lah. Da ada Kes kan paderi pedo? |
|
|
|
|
|
|
|
Dia betul2 ustaz ka?apa kelulusan dia |
|
|
|
|
|
|
| |
|