CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 652|Reply: 5

Mal Hamka Bikin Gempak, Kecoh Bila Ramai Sangka Siti Nurhaliza Dan Ernie Zakri Bakal Berduet

[Copy link]
Post time 24-7-2023 11:59 AM | Show all posts |Read mode
Pendatang baharu Mal Hamka tiba-tiba menjadi bualan hangat di Twitter selepas dia memuat naik video bersama  Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Ernie Zakri di laman sosial miliknya.


Disebabkan itu peminat dua penyanyi berkenaan mula membuat spekulasi Mal atau Muhammad Ikhmal Mohd Hamka, 28, sedang dalam proses mencipta lagu menggandingkan Siti dan Ernie.


Ia susulan Mal dilihat merakamkan foto bersama Siti dan Ernie di lokasi sama yang menguatkan lagi desas-desus dua penyanyi itu bakal berduet lagu ciptaan Mal.


Foto:Twitter




Ramai peminat membuat teka-teki lagu tersebut bakal dimuatkan dalam album terbaharu Siti iaitu Sitism versi deluxe yang bakal menemui peminat pada Ogos.


Namun Mal kata pertemuan dengan dua penyanyi tersebut hanya berlaku secara kebetulan dan tidak ada kena mengena dengan sesi rakaman lagu baharu.


"ertemuan itu berlaku secara kebetulan di sebuah studio untuk persiapan single terbaharu saya... memang kebetulan semuanya," katanya kepada mStar.


Dalam pada itu, Mal berkata, dia bagaimanapun sempat menghasilkan video bersama Siti dan Ernie namun tiada perancangan menggubah atau menulis lirik untuk mereka.







"Saya ada buat satu content tentang teka lagu dan sebelum ini pun saya pernah buat video sama... itu sahaja," katanya.


Sementara itu, Mal sempat berkongsi tentang lagu terbaharunya berjudul Terhempas hasil ciptaan Nadad D yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.


Kata Mal, dia juga sempat memperdengarkan lagu tersebut kepada Ernie dan teruja apabila penyanyi berkenaan menyukai lagu tersebut.


"Terhempas adalah single solo pertama saya memandangkan sebelum ini saya lebih banyak bergandingan bersama rakan duo saya iaitu Fahimi Rahmat.


"Saya dan Fahimi masih lagi bersama cumanya kali ini kami ingin membawa kelainan dengan cuba bawa haluan sendiri," ujarnya.


Besar harapannya agar Terhempas dapat memperkenalkan dia dalam kalangan penggemar muzik tempatan. -CARI


Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-7-2023 12:47 PM | Show all posts
nampak macam herlokkk tapi heolsss siapa kah?

penyanyi indon ke?

Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2023 01:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Who areyus nak menempel pada siti dan ernie?
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2023 08:59 AM | Show all posts
sape ni weiiii semaklaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2023 09:33 AM | Show all posts
helokkk        
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2023 09:35 AM | Show all posts
tapi ko dah kenapa perangai mengalahkan budak tadika asik geget2 jari masok mulut jah yihhhh. tapi sebab helokkk terpaksa lah kena maapkan
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2025 05:22 PM GMT+8 , Processed in 0.657443 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list