CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 499|Reply: 2

Syukur Tercalon DUN Lembah Jaya, Altimet Nak Lahirkan Kawasan Mesra Lapisan Masyarakat Dan Umur

[Copy link]
Post time 23-7-2023 09:43 AM | Show all posts |Read mode
Altimet atau nama sebenarnya, Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad menzahirkan rasa syukur dan terharu tercalon untuk DUN Lembah Jaya dan menjadi antara 20 calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor.


Dia yang lebih 13 tahun bermastautin di Ampang akan mencuba sebaiknya dalam membalas kepercayaan pimpinan parti.




Kosmo




“Saya rasa Alhamdulillah, diberikan tugas oleh Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari sebelum ini sebagai penyelaras di sana (DUN Lembah Jaya) selama sembilan bulan sebelum DUN Selangor dibubarkan.


“Ini memberikan peluang saya mengenali gerak kerja seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan mengenali orang (pengundi) di sana. Saya mahu lahirkan kawasan yang mesra kepada lapisan masyarakat dan umur di DUN itu,” katanya.


Terdahulu, pengumuman calon disempurnakan Perdana Menteri yang juga Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di padang awam Seksyen 7 di sini.


Turut diumumkan adalah calon PKR bagi lima lagi negeri yang turut terlibat pada PRN kali ini.


Sementara itu, Erni Afrishah Azizi menjadi calon paling muda yang akan bertanding di DUN Sementa selain 11 muka baharu.


Amirudin kekal dicalonkan bagi mempertahankan DUN Sungai Tua dimenangi sebelum ini.


Bagaimanapun, DUN Batu Tiga yang sebelum ini disandang PKR menerusi Rodziah Ismail dilepaskan kepada Parti Amanah Negara (Amanah) dengan PKR mengambil kerusi DUN Hulu Kelang.




Sumber: KOSMO!ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-7-2023 10:34 AM | Show all posts
ok semoga maju jaya dan berjaya buat kerja dengan baik...

iols doakan yang positif jah asalkan ada usaha macam dira abu zahar tu tak kira lah kau parti mana sekalipun...

Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2023 10:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Jangan lupa nyanyi lagu hoi hoi ya hoi siapa sokong penyamun…… hoiii hoiii ya hoiii [em:4:]

Pd siapa da lupa, igt lg x kes dia meroyan org tangkap gambar dia ka hapa tah dulu dekat kedai makan, xtau la cemana dia dlm politik.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 05:43 AM GMT+8 , Processed in 0.039630 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list