CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 185|Reply: 0

[Kedah] Peniaga cedera bungkusan meletup

[Copy link]
Post time 22-7-2023 05:55 PM | Show all posts |Read mode

KEADAAN bahagian belakang restoran akibat letupan. FOTO Ihsan PDRM.

Langkawi: Seorang peniaga cedera di muka dan badan akibat letupan bungkusan yang diletak di belakang sebuah restoran di Jalan Pantai Chenang, di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.27 pagi, mangsa berusia 26 tahun dilaporkan cedera selepas bungkusan itu meletup secara tiba-tiba sebaik dibuka.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari, berkata mangsa adalah seorang pemegang kad Kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR).

"Difahamkan, mangsa mengusahakan kedai makan terbabit dengan menyewa bahagian belakang restoran.

"Letupan itu menyebabkan mangsa cedera di muka dan badan sebelum dihantar ke Hospital Sultanah Maliha untuk menerima rawatan," katanya dalam kenyataan di sini.

Shariman berkata, mangsa dilaporkan berada dalam keadaan sedar dan stabil.

"Unit Pemusnah Bom dan Unit Anjing Pengesan (K9) turut digerakkan ke lokasi untuk membuat siasatan dan mengesan suspek yang melakukan jenayah terbabit.

"Polis juga sedang mengenal pasti motif kejadian dan kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... a-bungkusan-meletup

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 11:53 AM GMT+8 , Processed in 0.209042 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list