CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 162|Reply: 0

[Pulau Pinang] Kerajaan negeri, Pusat perlu senada demi pertumbuhan ekonomi

[Copy link]
Post time 22-7-2023 05:51 PM | Show all posts |Read mode
Kerajaan negeri, Pusat perlu senada demi pertumbuhan ekonomi

oleh   SYAJARATULHUDA MOHD ROSLI  22 Julai 2023   04:06pm





Kon Yeow (dua dari kiri) menyerahkan cenderahati kepada Rafizi pada Sesi Libat Urus Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 Bersama Kerajaan Pulau Pinang pada Sabtu.




BAYAN LEPAS - Pertumbuhan ekonomi negeri dan negara akan mudah berkembang dengan baik sekiranya kerajaan negeri senada dengan kerajaan Persekutuan.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, sekiranya kerajaan negeri dan Persekutuan 'senada', ia akan memudahkan untuk mempercepatkan pertumbuhan ekonomi sesebuah negeri sebagaimana Pulau Pinang.

"Pulau Pinang sudah mempunyai pemain industri selama ini selain sudah mempunyai rangkaian global.

"Oleh demikian adalah lebih mudah untuk membina kekuatan itu dan membawanya ke peringkat seterusnya," katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri Sesi Libat Urus Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 Bersama Kerajaan Pulau Pinang di sini pada Sabtu.

Turut hadir, Ketua Menteri, Chow Kon Yeow dan Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Datuk Mohd Sayuthi Bakar.

Selain itu Rafizi berkata, untuk memastikan pertumbuhan ekonomi negara baik, ia memerlukan kerjasama yang erat antara negeri dan Persekutuan kerana tiada mana-mana pihak boleh melakukannya sendiri.

"Negeri tidak boleh melakukannya sendiri dan Persekutuan tidak boleh melakukannya tanpa kerjasama negeri. Ini kita dapat lihat yang berlaku di Kedah.

"Pusat mempunyai pandangan berbeza seperti projek lapangan terbang kargo yang tidak berdaya maju dari segi ekonomi.


"Mereka (Kerajaan Kedah) mahu mendapatkan sokongan politik mereka sampai tidak peduli sama ada ia berdaya maju atau tidak. Mereka hanya mempolitikkannya sedangkan ini bukan bersifat politik, ia adalah soal daya maju ekonomi.

"Bayangkan jika di Pulau Pinang, kita berbeza kerajaan, maka semuanya akan dipolitikkan contohnya, Pusat dengan visinya terhadap perusahaan cip, sebaliknya kerajaan negeri mahu meneruskan projek tiga lagi lapangan terbang. Ia akan menjadi tidak sejajar sepenuhnya," katanya.

Dalam pada itu, Rafizi berkata, Kementerian yang diterajui beliau akan memberikan sepenuh sokongan kepada projek-projek berkaitan pembangunan infrastruktur yang bakal dilaksanakan di Pulau Pinang.

"Kami akan sokong sepenuhnya pembangunan infrastruktur di Pulau Pinang.

"Ini kerana projek-projek untuk meningkatkan kapasiti pengankutan awam memang sedang dirunding dan dibangunkan secara bersama antara kerajaan Pusat dan kerajaan negeri," katanya.




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 09:36 AM GMT+8 , Processed in 0.095551 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list