View: 1117|Reply: 10
|
Hasilkan EP Penuh Bahasa Melayu, Bukti Yuna Tidak Penah Kecil Hati Dituduh Lupa Diri, Asal Usul
[Copy link]
|
|
Penyanyi kelahiran Malaysia yang menempa nama di Amerika Syarikat, Yuna, mengakui tudak pernah berkecil hati atau tersinggung apabila ada yang menuduhnya lupa diri dan asal-usul.
Menurut Yuna tuduhan tersebut dilemparkan sejak dia melangkah kaki ke negara Uncle Sam sejak 10 tahun lalu untuk mengembangkan kerjayanya.
“Sepanjang karier muzik saya, banyak komen yang saya terima daripada peminat bahawa saya sudah lupa diri, lupa dengan Malaysia, dan juga lupa kepada peminat-peminat di Malaysia.
“Namun, saya tidak ambil hati kerana itu semua tidak betul, saya masih Yuna yang anda kenal, bezanya selepas 10 tahun berada di Amerika Syarikat, banyak pengalaman yang saya timba,” katanya.
Buktinya, Yuna kini tampil dengan EP (extended play) berjudul ‘Masih Yuna’ dengan empat trek dalam bahasa Melayu sepenuhnya.
Yuna berkata ‘Masih Yuna’ merupakan hadiah buat para peminat di Malaysia yang sudah lama menantikan buah tangan terbaharu daripadanya.
Bagaimanapun kata Yuna, dia mempunyai sebab tersendiri mengapa mengambil masa sehingga enam tahun untuk melancarkan lagu Melayu.
“Ya, enam tahun adalah tempoh yang agak lama. Sejujurnya saya pun rindu hendak mencipta lagu Melayu, tetapi saya tahu kalau hanya satu mungkin tidak mencukupi, jadi saya hadiahkah empat kesemuanya sekaligus khas buat peminat.
“Ketika dalam proses penghasilan EP ini, saya fokuskan terhadap apa yang peminat di Malaysia mahukan dari saya, cerita saya, perasaan saya, kisah peribadi saya seperti masih berasa sedih dengan kehilangan sepupu rapat yang saya anggap seperti adik sendiri dan mahu berikan yang terbaik agar dia juga turut bangga dengan apa yang telah saya hasilkan,” katanya.
Antara lagu-lagu yang terkandung dalam EP ini adalah Menanti, Asing, Masih Sunyi dan Camaraderie merupakan hasil ciptaan Yuna sendiri bersama barisan komposer antarabangsa berbakat dan diterbitkan oleh Yuna Music.
Menurut Yuna, lebih kurang dua bulan masa yang diperuntukkan untuk menyiapkan keseluruhan EP dan hanya di lakukan di rumah sahaja di Los Angeles, Amerika Syarikat.
“Saya hanya memperuntukkan tiga jam sahaja tempoh bekerja di hadapan komputer dan perlu disiplin ambil masa untuk berehat kerana tidak mahu terlalu ‘overwork’.
“Lagi pun tidak bagus jika terdedah dengan bunyi yang kuat dalam jangka masa yang lama.
“Saya harap peminat semua akan sukakan EP Masih Yuna ini kerana ianya sangat istimewa, dan saya seronok menghasilkannya.
“Dan buat mereka yang baharu mula mengenali muzik saya, ini adalah peluang terbaik buat anda untuk lebih menghargai karya-karya saya, terima kasih kepada peminat yang selalu menyokong dari mula hingga sekarang,” akhirinya.
Lagu-lagu yang terkandung dalam EP Masih Yuna boleh dimuat turun di iTunes dan boleh juga dijadikan sebagai nada dering panggilan menerusi ke semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengar dan nikmati pada bila-bila masa melalui aplikasi penstriman atas talian seperti Joox, KKBox, Spotify, Deezer, Apple Music dan juga YouTube Music.
Manakala audio single dan video lirik EP tersebut boleh ditonton secara eksklusif di saluran YouTube Yuna.
Sumber: Boom |
|
|
|
|
|
|
|
tapi kan lagu yuna yang bahasa melayu tu je popular...
yang omputeh tu sekadar crush tu je lah yang popular.. tu pun hasil duet dengan usher...
kalau takde duet iols rasa bakalan sendu jah macam lagu2 omputeh dia yang lain...
bukan tak best... semua lagu omputeh dia pun best2... tapi nak buat macam mana dah sendu di negara luar..
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Lagubestbest at 22-7-2023 02:17 PM
rasanya yuna kne tukar g kpop la. style harlem tapi tak all out jadi cardi b, rihanna.. zaman2 sopan Alicia Keys dah berakhir lama dah. |
|
|
|
|
|
|
|
HAHAHAHAHAHAHAHAHA
Iyolah tuuuu
|
|
|
|
|
|
|
|
Sis tgk org malaysia je ramai support dia lagi2 dak2 urban terpaling bandar |
|
|
|
|
|
|
|
tapi serious bila time x leh tido pasang lah lagu dia mmg akan rasa drowsy,
aku suka jer dengar lagu dia... |
|
|
|
|
|
|
|
lagu english dia utk dgr chill2 layan jugak...
hope comeback lagu melayu ni best2 yach... |
|
|
|
|
|
|
|
Kau yg dok ngutuk org sini xsupport kau lah or produser xnak kau etc.. |
|
|
|
|
|
|
|
Harapnya sedap2 la lagu kau. Sebab akka tak minat lansung lagu2 USA kau. |
|
|
|
|
|
|
|
Ada tanda2 dia nak kembali ke malaysia selepas sendu di US
Gula2kan netizen meleis dgn ep lagu melayu |
|
|
|
|
|
|
|
best ep ni, iolls do ulang camaraderie tu banyak kali jugak
tengah tunggu dia announce konsert je ni |
|
|
|
|
|
|
| |
|