CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 202|Reply: 0

[Kelantan] Polis tahan lelaki, rampas 2,000 pil Yaba

[Copy link]
Post time 22-7-2023 11:23 AM | Show all posts |Read mode

Seorang lelaki ditahan di sebuah kedai makan di Kampung Bayam, Lundang di Kota Bharu, Kelantan, selepas dipercayai terbabit dalam aktiviti pengedaran dadah. - NSTP/FOTO HIASAN

KOTA BHARU: Seorang lelaki ditahan di sebuah kedai makan di Kampung Bayam, Lundang, di sini, selepas dipercayai terbabit dalam aktiviti pengedaran dadah.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud, berkata dalam kes kira-kira jam 11.40 malam kelmarin, pemeriksaan polis kemudian menemui 2,000 pil Yaba bersama suspek berusia 30 tahun itu.

Katanya, suspek ditahan sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu ketika sedang keluar dari sebuah kedai makan.

"Semasa ditahan, suspek sedang memegang satu objek dipercayai dadah dan kemudian meletakkannya di tepi dinding kedai makan itu. Ketika polis menghampiri, suspek cuba melarikan diri.


"Dia bagaimanapun berjaya ditangkap dan pemeriksaan dan pemeriksaan lanjut di tempat suspek meletakkan objek di tepi dinding kedai makan berkenaan, menemukan satu beg plastik hitam. Dalam beg itu, ada bungkusan berisi 10 paket plastik berisi pil yaba.

"Setiap paket terdapat 200 biji pil dengan jumlah keseluruhan pil dirampas sebanyak 2,000 biji, anggaran berat keseluruhan 200 gram. Polis turut menyita sebuah Produa Viva dan kes disiasat mengikut Seksyen Akta Dadah Berbahaya (Perlucuthakan harta)1988," katanya, hari ini.

Beliau berkata, ujian saringan air kencing yang dilakukan ke atas suspek didapati negatif dan lelaki berkenaan juga tidak mempunyai sebarang rekod jenayah.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya menambah siasatan lanjut masih diteruskan bagi mengenal pasti penglibatan lelaki itu dengan rakan jenayahnya yang lain.
https://www.bharian.com.my/berit ... ampas-2000-pil-yaba
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 01:40 PM GMT+8 , Processed in 0.048313 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list