CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: HangBuah

Perlu ke ada anak ramai? Jangan jadik mak bapak yg SELFISH!!!

  [Copy link]
Post time 23-12-2010 11:50 AM | Show all posts
apa2 pon..kawen & branak dulu..pastu plan la nk anak ramai atau sket....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-12-2010 11:52 AM | Show all posts
"menjelang 2020 sbg negara mju perlu peningkatan populasi penduduk seramai 70juta org..cuba bygkan populasi kita sekrg ialah 29juta kita memerlukan lbih kurg 41 juta manusia bg memenuhi wawasan Tun Mahathir."
______________________________________

i beg to differ - nobody knows how does he come out with that 70 juta.

however, on another note, tgk carrying capacity la makcik oiii... mmg boleh aihh nk beranak 8-9 kali pun..
tp itu zaman tok2 kita dolu2. zaman depa sumber asli (tanah-tanah melaut nun luas, kebun tanaman terbentang nun jauh sampai matahari terbenam, ikan2 berbilion di laut).

Zaman aku dgn hang la ni .. ikan (makanan) , tanah (tempat tinggal) makin berkurangan.
Competition utk semua sumber (mkn, tmpt tinggal) makin sengit.

Boleh la nk tarah bukit, tebang hutan simpan, tapi itu sumber non-renewable.
Dah abis semua bukit & hutan kena tarah, anak cucu depa nti nk dok tang mn pulak?
Masa kita ni lepas la buat makan pagi petang, tang cucu-cicit kita?

Xpa.. rezeki anak2 ada..  as simple as that ? ada tang mana tunjuk sat?
Dolu2, org bg makan pakai cukup2 sbb kena guna tenaga 4 kerat nk meneroka hutan.

zaman sekarang, makan pakai saja tak cukup. Depa kena ada strong educational background or life-skill.

Bukan nak kata Allah tu xadil... tp Allah dh bg kita akal & amanah.
Akal utk fikir masa depan mcm mana.
Amanah (anak2) utk kita pastikan apa yg kita dapat .. depa pun dpt.

Utk yg vote on favor for anak banyak2, i have no harm.
But i'd rather go for quality first and then quantity dan bukan start dgn kuantiti dulu kemudian baru kita nak cari kualiti.
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2010 11:56 AM | Show all posts
Post Last Edit by fieda07 at 23-12-2010 12:08
Reply  fieda07


   
ustazah fieda..
er susah betol nak baca karangan anti ni..haha..next tim ...
silica_SiO2 Post at 23-12-2010 11:11


buat apa yg disuruh Allah 100% dan tinggalkan larangannya sama sekali..bermula dr saat ini..jgn tgu hari esok krn mungkin esok ajal kita sudah sampai..InsyAllah..Allah akan memberi nur dan rahmat serta ketetapan iman spjg masa..aminnn..carila guru yg bertauliah dr institusi formal @ tidak formal..utk menambahkan pgetahuan dlm pendidikan islam..kerana akidah dan iman perlu sentiasa ditingkatkan melalui pendidikan agama yg berterusan dan amalan seharian...

sesungguhnya utk melahirkan msyrakt islam yg berkualiti itu perlu mengambil masa, sbg permulaan pd pandgan ana setiap muslim yg terdiri dpd tua, muda dan kanak2 wajib memperkuatkn pengetahuan asas dan fardhu dlm agma sebelum membina sebuah organisasi islam yg benar2 berkualiti krn kualiti organisasi islam itu bukan dilihat dr sudut karier dan duniawi shj..perlu gabungan yg bersepadu ant rohani,jasmani, karier dan juga tamadun bgsa muslim itu sndri..apa yg dianjurkan model kualiti yg digunakan utk mengukur tahap kualiti muslim pada masa kini... pada pndgan ana masih lg terpengaruh dan diambil dr model filosof barat yg lari dpd panduan alQuran dan sunnah...wallahualam..
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2010 11:58 AM | Show all posts
macam mana pula yg bersungguh2 nak anak tp da kawin smpi 10 tahun pun xder anak lagi.....  ini bukan soal nak ke tak nak.... soal anak rezeki nie serah pada Allah... bkn nyer bleh nak anak, esok trus pregnant....  yg merancang, pakai iud bagai pun, tetiba bleh pregnant.... itu sume keje Allah... kun fayakun...
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2010 12:03 PM | Show all posts
Post Last Edit by fieda07 at 29-12-2010 21:05
Reply  fieda07


ustazah..
tidak mengalakkan/melarang n haram tu sama ke?
tengkiu.
silica_SiO2 Post at 23-12-2010 10:48


tidak menggalakkan atas niat perancangan keluarga dgn niat mmpunyai ramai anak akan myebabkan kemiskinan, dan menyusahkan org lain krn konsep ini sudah menyalahi akidah..sementara itu melarang perncgan keluarga itu apabila ia bole memberi kemudaratan kpd gol ibu..iaitu sekiranya dgn mggunakn ubat2an moden boleh menyebabkan masalah kesihatn spt penyakit kanser serviks, ketumbuhan pd rahim, obesiti, mandul dll..
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2010 12:09 PM | Show all posts
Reply 59# haitt


belum kawin. kertu kot...
takut nak kawin. sbb pompuan ni katanya kerjanya mengikis duit dan memerah tenaga/kudrat suami n etc

x percaya ko search trid dia
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-12-2010 12:15 PM | Show all posts
Reply 1# HangBuah


    hang da kawin ka
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2010 12:15 PM | Show all posts
macam mana pula yg bersungguh2 nak anak tp da kawin smpi 10 tahun pun xder anak lagi.....  ini bukan ...
white_orkid Post at 23-12-2010 11:58


ye betul...telan pil x pernah miss...bila nk masuk 2 thn leh lekat...berlaku pd anak no. 2 & 3...pelik..tp ni semua kuasa tuhan..kita just merancang...tuhan nk bg anak..x kiralah pakai pelindung besi sekali pon..lekat gak...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-12-2010 12:19 PM | Show all posts
salam. berapa anak ni mmg jadi kemusykilan, sebab bagi saya la, 3 tu dah cukup. tapi ada kawan dah masuk 4, pun mcm ok jugak. yg ada 7, pun, ok je nampak.

mungkin saya ni, bila mengandung teruk sgt alahan, sampai rasa serik nak mengandung lg. anak pertama, mmg la kita harap2kan sgt2. anak kedua, rancangnya, 3 tahun lepas tu ker. Allah takdirkan saya mengandung lg selepas genap setahun anak sulung lahir. Kacau sunnguh jiwa masa tu, ye la anak kecik lg, dah mengandung. kesnye, tak makan pil. mmg salah sendiri (mmg takdir Allah). tapi Alhamdulillah, ngandung ke2, tak siksa sngt, muntah pun kira tahap biasa2 je, still boleh mkn, takde masalah bau mcm mula2 dulu. dan masa bersalin, dari rumah ke klinik, masuk je bilik bersalin dah 8 cm. yg lmbt sikit tunggu doktor sampai, pas tu alhamdulillah, selamat melahirkan baby girl. alhamdulillah cukup sepasang.
cukup lah tu.

rupanya lepas 5 thn, Allah bukakan hati rasa nak baby lagi. rasa rindu nak peluk cium baby sendiri,  bila tgk org lain ada anak kecik, seronok sgt2. pendekkan cite, mengandung lagi, alahan teruk lg, bersalin pun boleh tahan sakitnye (induce), tapi, seronok sgt2, rasa mcm ni la 1st time ada baby, padahal dah masuk 3. ye la, dah lama tak pegang baby lah katakan. gembira sgt, ini kira bonus. satu lagi ppuan. so cukupla kot. 1 laki, 2 ppuan. tapi, isk isk tak tau nak kata, dlm saya dok merancang ni, manalah tau kan, kalau Allah dah takdirkan saya anak 4, saya nak tolak camne kan. tapiiiii....isk isk isk, teruk ke saya kalau saya mmg nak 3 org je. Ya Allah, adakah hamba Mu ini seolah menolak rezeki?
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2010 12:22 PM | Show all posts
ye betul...telan pil x pernah miss...bila nk masuk 2 thn leh lekat...berlaku pd anak no. 2 & 3.. ...
dealova04 Post at 23-12-2010 12:15


ada yg mmg nak sgt anak... mkn mcm2 obat, buat ivf pun x jadi jugak.... nk ckp mcm mana... sume tu kan kerja Allah... sama gak mcm org yg x kawin2 lagi... mmg nk kawin tp, klu mmg xder jodohnyer nk buat camner.... gitu gak ngan mati, bleh ker ckp aku xnak mati sekarang, nnt2 la aku mati.....
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2010 12:23 PM | Show all posts
aku kerja dalam NGO, pasal org kita beranak ramai ni, memang aku tak sangkal, contohnya baru-baru ni tempat kerja aku buat program bantuan peralatan persekolahan sekolah dah nak bukak, ramai ibu bapa sibuk mengadakan persiapan peralatan sekolah,bg meringankan beban ibu bapa, maka tempat aku ni memang buat setiap hujung tahun tiap tiap tahun, kebanyakan yg ramai anak mintak bantuan, ada yg gaji 4 ribu disebabkan anak ramai dia pun mintak bantuan...

sebagai NGO , kerja aku carik peruntukan, peruntukan aku mohon melalui  kementerian, syarikat-syarikat swasta yg iktiraf, saluran bantuan daripada mereka, jadi mereka periksa, latar belakang penerima bantuan, ada yg  tak lepas tak dapat bantuan, habis tuh macam mana... terpaksa la guna budi bicara kami pihak penganjur kasik lepas dengan alasan sebab anak ramai... dan mak dia aktif dalam masyarakat..

aku pun ada notis, org kita kalo anak ramai kebanyakan org miskin, anak sikit datang dari org berada, tapi tak jugak ada jugak org kaya jutawan anak 7 org, 8 org tapi anak anak mereka pun ada jugak yg culture shock, kaki clubbing, layan ectasy semua tuh..pasal dihambur dengan kemewahan...

anak ramai atau anak sikit apa yg penting kualiti..  isu ini terlalu subjektif jika diperincikan sebab manusia ni memang dah tertulis luh mahfuz mereka sedari dalam rahim ibu lagi...kententuan hidup mereka dah tertulis, syurga ataupun neraka, sempat bertaubat atau tak sempat, walopun dilahirkan dari keluarga alim dan keturunan alim belum tentu anak tersebut itu mewarisi keimanan kealiman keluarga, dan sebaliknya...

ramai atau sikit anak itu tidak menyumbang kepentingan peribadi ibubapa itu sendirik,
nak kata ibu bapak selfish, itu hak mereka, ada setengah budak bila tidak disumbat kemewahan, hidup menderita dengan adik beradik ramai menjadikan mereka seorang yg berjaya, dah ramai contoh org berjaya kita boleh kaji sejarah mereka, ada ker mereka salahkan mak bapak mereka yg selfish itu..,

pun macam tuh, sebagai ibubapa ukur baju pada badan sendiri, selagi tanggungjawab digalas selagi amanah dipikul, mereka sanggup berhujan berpanas demi mencarik sesuap nasik untuk membesarkan anak anak mereka, penting diri atau tidak itu semua belakang kira, siapa kita nak claime masa depan seseorang, kalo besar pun anak itu berjaya dapatkah ibubapa itu menumpang senang kalo yer Alhamdulillah kalao tak jadilah si tanggang.. pokoknya masih selfish lagikah ibubapa itu, nak jadik ibubapa, mereka itu lah sendiri persiapkan mental, fizikal dan emosi sehingga akhir hayat kerana sudah memberi yg terbaik dan terdaya buat si anak, JASA DIBALAS ATAU TIDAK itu dah tidak menjadik soal... kerana masa depan memang tak diramal, nasib seseorang itu hanya ALLAH sahaja yang tahu..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-12-2010 12:29 PM | Show all posts
Post Last Edit by HangBuah at 23-12-2010 13:25
Dalam kubur nanti kita harapkan doa anak2 yang soleh. Contoh anak sikit; sorang lelaki sorang pompuan.

esok kita dalam kubur...waktu subuh.  both anak miss subuh. kita tak dapat doanya.
waktu zohor....mereka sibuk meeting, lepas solat terus blah,tak berdoa.
waktu asar...yang pompuan period/haid. harapkan doa anak lelaki je.

kalau anak ramai dan SOLEH...tiap2 waktu solat ibubapa dalam kubur dapat pahalanya, dilapangkan kuburnya. kalau anak tahfiz Quran, Allah dah janji satu takhta di syurga untuk kedua ibubapa.

kalau ikut teori probability...kena beranak ramai di zaman cyber mencabar ni. kalau semua tak menjadi sebab pengaruh;
rempit
ah long
cyber
rasuah

adalah sorang yang menjadi...boleh bangun malam lagi solat tahajud.
tecito Post at 23-12-2010 10:22


minta maaf cakap, inilah contoh pemikiran ibubapa yg SELFISH dan tidak mempunyai justifikasi yg betul apabila memilih untuk melahirkan ramai anak.

Pertama, ko treat anak2 tu macam Multi Level Marketing. Lagi ramai downline lagi bagus kpd upline. Satu downline tak aktif, masih ada banyak cabang2 downline lain yg perform utk kita. Soal nasib downline-downline tu sendiri, pandai2 hangpa la replicate scheme yg sama.

Ko nak senang kat akhirat, ko usaha la sendiri time ko idup di dunia. Banyakkan amal ibadat. Apahal lak ko nak senang kat kubur & akhirat ko mencaturkan kelahiran anak2 (siap dgn teori probability) umpama ianya sejenis penternakan kambing? Lagi banyak kambing, lagi ada economy of scale, lagi kurang risiko, ROI lagi tinggi. Bukan tak boleh berharap kpd doa anak, tapi itu sepatutnya datang kemudian  selepas ko berusaha sendiri melakukan amal ibadah, itu pun cumalah sebagai bonus jer. Abih tu, org yg takde anak, peluang mereka nak masuk syurga tu tipis?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-12-2010 12:38 PM | Show all posts
buat apa yg disuruh Allah 100% dan tinggalkan larangannya sama sekali..bermula dr saat ini..jgn  ...
fieda07 Post at 23-12-2010 11:56


tak habis2 ko beretorika, melencongkan isu dan bermain dengan konsep2 umum....


takde sape sanggah pun kata2 ko tu tentang rezeki, sedekah, tolong menolong, yakin kpd Allah, tapi when it comes to reality, kena ada ada action plan yg betul, yg praktikal, yg realistik.


Ko gemar mengungkapkan konsep2 agama, bagus. Tapi jangan memilih juzuk2 atau tafsiran2 yg suit purpose ko je.


Secara umumnya, agama mengajar kepada kita agar berSEDERHANA dan menjauhi sebarang bentuk ekstrimism, atau dalam istilah agamanya, 'wasothiyah'.... Hadis Nabi menyebut, 'al-wasatho khairul umur'..... bermaksud, 'sebaik-baik urusan adalah secara bersederhana'... ayat quran pun banyak menyebut tentang bersederhana ini. Boleh cari sendiri kalau ikhlas nak berpandu kepada Al-Quran/Sunnah.
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2010 01:02 PM | Show all posts
apa yg dibincangkan ini adalah masalah khilaf bukan masalah rukun @ pokok..oleh itu islam menggalakkn dan mengharuskn utk mengadakan perbincangan dan argument..suma pndgan di sini adalah benar asalkan tidak lari dpd alQuran dan sunnah..

pernah shbt nabi dtg berjumpa dgn nabi  dan bertnyakan ttg apa hukumnya mengkacuk pohon kurma dgn niat utk meningkatkn produktiviti buah kurma dan nabi telah bersabda bhw sesungguhnya urusan duniamu kamu yg lebih mngetahui..

dgn ini ia bermaksud perkara yg pokok dan rukun itu tidak bole diperbahaskan kecuali perkara yg khilaf spt yg kita bincgkan..spt cth bidg pertanian iaitu bgmana utk mningkatkn pngeluaran bukan mengurngkan pengeluaran..ianya adalah berkaitan dgn tajuk yg kita bincgkan skrng ni cuma bezanya kita lebih membincgkn kpd human productive..

oleh itu, pd pandgan ana iaitu tidak salah kalu mahu meningkatkan reproduticve kelahiran anak2 demi meningkatkan bilangan umat islam..mengikut statistik populasi dunia bil umat islam berjumlah 1.6billion dan bukan islam lebih ramai iaitu 4.4billion..utk mnjadi umat islam yg kuat pd pndgan ana selain kpd penekanan pendidikan,teknologi,IT dan kepakaran..perlula juga kadar peningkatan populasi agar setara dgn bil populasi bukan islam..barulah seimbang dan berkesan..
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2010 01:16 PM | Show all posts
apa yg nak pelik sgt pasal anak ramai..sdgkn nabi adam pn anaknya ramai..
cuba fikir bukan kah suma ...
fieda07 Post at 22-12-2010 22:10



    aku sokong pendapat ko ne, ibu bapa yg berjaya bukan hanya anak2 cemerlang dalam akademik semata2  anak tu rezeki, org2 yg susah hiburannyer apa je, cuma itu je berbanding dgn kita ne paling2 ge pusat bowling heheheh.. ada org kaya dgn harta dan ada org kaya dgn anak.. bab2 minta bantuan tu kan dalam agama pun ada mengatakan setiap umat kalau ada lebih dari segi pendapatan hendaklah kita zakat, zakat tu untuk sapa?? untuk org2 yg memerlukan kan??.  skrg ne kita masih lagi bertuah kerana masih ada yg mohon bantuan sedikit sebanyak ada gak amal jariah yg kita hulurkan.. nanti kalau dah semua org kaya, dgn sapa pulaklah kita nak hulurkan pendapatan kita yg melimpah ruah tu.  kan kita kalau meninggalkan dunia ne, hanya yg kita tinggal doa anak yg soleh, amalan kita dan amal jariah.. cuba kita renung anak tak ramai (dah besar nanti kita tak tahu cam ne corak hidup mereka) tak ada yg nak doakan kita, amal jariah tak buat (yelah asyik marah je kalau ada org susah beranak ramai keluar paper mintak bantuan) hanya harapkan amalan kite semata2 cukup keeee?

TT jgn mare ini cuma pendapat aku je.. bukan untuk dibahaskan tp untuk peringatan pada diri aku sendiri, yg tak punya anak ramai..sedey woooo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-12-2010 01:17 PM | Show all posts
satu lagi, ramai mak bapak yg merasakan soal melahirkan anak ramai ni adalah hak mutlak mereka semata2 as parents. Lebih2 lagi mak bapak yg confident sangat dgn harta benda mereka yg melimpah ruah. Confident yg mereka mampu beri segala keperluan hidup kepada setiap org anak tu.
Tapi sedarkah mereka, setiap anak yg lahir itu memberi impak kepada alam dan masyarakat? Setiap seorang individu yg baru itu akan 'memakan' resources dan oppurtunity daripada alam dan masyarkat. Contoh paling mudah, petroleum. Dlm dunia moden hari ini, tak dapat dielakkan setiap manusia akan consume sumber petroleum sama ada secara direct atau indirect. Bermaksud scarce resources seperti ini semakin laju dihabiskan oleh populasi manusia yg bertambah setiap masa. Oleh kerana ramai mak bapak yg ghairah dan tamak berlumba2 utk melahirkan ramai anak, maka resources ni menjadi semakin kurang. Akibatnya, harga bahan api ini terus meningkat. Yg menerima kesan dan bebannya bukan saja mak bapak yg kaya raya tu, tapi majoriti mak bapak yg kurang mampu.  Semua ni berlaku kerana masing2 selama ini kurang menggunakan akal fikiran untuk mengkaji kesan melahirkan anak dari sudut ekonomi makro. Bila harga bahan2 ni semua naik (minyak, elektrik, air etc etc), mak bapak yg beranak macam arnab ni jugak merungut & mengeluh menyalahkan orang lain (kerajaan la tentunya) sedangkan mereka tak sadar diri, household mereka yg ramai tu la yg selama ni membolot sabsidi milik masyarakat lebih daripada household orang lain. Itu pun masih ada hati nak mintak bantuan lagi drpd masyarakat yg sama.


Hanya kerana ko kaya, ko ada masa, ko ada tenaga, tidak bermaksud ko patut melahirkan ramai anak atas fahaman ko bahawa ko tak susahkan sesiapa. Unless ko idup anak beranak di sebuah pulau yg takde penghuni lain, ko tak layak nak claim macam tu. Sebab dlm hidup ni, bila ko hidup dlm masyarakat, setiap tindak tanduk ko akan mengalir kesannya kepada masyarakat.

Contoh seterusnya yg boleh aku bagi... tentang kekosongan di universiti. Universiti ni, despite kemajuan terus menerus negara kita, ianya tetap satu kemudahan yg terhad. Hanya kerana engko lebih bernasib baik, hence engko mampu educate anak ko sampai lebih pandai daripada anak2 org lain, maka household ko la yg lebih banyak membolot tempat di universiti menyebabkan anak orang2 lain yg bukanlah sebab tak pandai cuma tak sepandai anak2 engko  tidak berpeluang mendapat tempat di menara gading. Ketidakadilan atau ketidaksamarataan sosial ini berlaku hanya kerana sikap selfish mak bapak yg tidak peduli kesan mempunyai anak ramai kepada kehidupan org/keluarga lain.


Aku bagi satu analogi untuk direnungi bersama.

Analogi mengenai ibadah haji. Katakan ko kaya raya, mampu pegi haji tiap2 tahun. Setelah menunaikan haji kali pertama yg melepaskan tuntutan kewajipan rukun Islam ke-5 tu, engko pergi lagi haji on the next year. Oklah, fine. Then tahun depan ko pergi lagi... dan tahun2 seterusnya.

Pada ko, mungkin ko rasa bestttt je dapat pegi Mekah Madinah buat Haji... rasa berkat je idup. Rasa banyak je pahala dikumpul. Apa taknya, pegi haji tu kan satu ibadah BESAR!...


Tapi ko sedar ke tidak, dalam pada ko rasa best pegi haji tiap2 tahun itu, ko sebenarnya... hakikatnya, amat SELFISH! Kerana kau yg kaya raya mampu bayar mahal utk pegi haji, maka ko telah membolot 1 kuota haji daripada kuota yg terhad tiap2 tahun. Itu ko sorang. Kalau ada beratus2 org kaya beriman kuat ibadah macam ko yg tak fikir org lain, maka tiap2 tahun beratus2 la kuota haji tu terlepas daripada jutaan umat Islam di Malaysia yg menunggu giliran sampai berpuluh2 tahun untuk mendapat kuota pergi haji. Di antara yg menunggu giliran tu adalah orang2 tua yg entah sampai ke tidak hayat dia untuk at least dapatlah pergi Haji satu kali sebagai menunaikan kewajipan rukun Islam ke-5 itu. Tak mustahil ada makcik pakcik yg dlm waiting list Hai ni sempat meninggal dunia dulu dalam pada ko sempat buat 3,4 round musim Haji.

Org spt ini adalah SELFISH tapi tidak sedar akan 'kezalimannya' itu terhadap org lain kerana gagal menghubungkan soal haji ini dengan hak org lain. Yg dia tahu, itu duit dia, dia mampu, dia tak curi duit orang, maka hak dia la nak pegi haji berapa banyak kali  pun.

Sedangkan, kalau org ini benar2 nak mencari keredhaan Allah, adalah lebih mulia setelah dia sekali dua pergi haji (tunaikan yg wajib), dia sponsor pulak org2 lain yg tak mampu dari segi kewangan untuk menunaikan haji. Aku yakin pahalanya adalah jauh berlipat kali ganda daripada dia sendiri yg pergi naik haji.

Begitulah juga kalau kita reflek kepada isu anak ramai. Pada aku adalah jauh lebih mulia dan terpuji sekiranya ibubapa yg telah mempunyai sejumlah anak yg sederhana, mereka menggunakan kelebihan yg ada (duit, masa, tenaga) untuk membantu insan2/keluarga lain untuk membesarkan anak2. Antara caranya adalah dengan mengambil anak angkat drpd keluarga2 yg susah. Atau jika tak mahu bela sendiri anak angkat tu di rumah, support saja kehidupan keluarga angkat tu from remote.

Tapi bagi mak bapak yg selfish, mana best bela anak orangggg!!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-12-2010 01:18 PM | Show all posts
Reply 72# HangBuah


bab nih aku setujuk... bab ini ajek ok... iaitu tanggapan ibubapa yg claim anak2 adalah pelaburan hari tua mrk....

perlu ke dipupuk tanggapan sebegitu dlm malay society?
wujud ke istilah anak2 patut/wajib membalas jasa mak/ayah?

aku rasa x perlu.
sbbnya... menjaga anak dr lahir sampai la anak itu berkahwin/membina keluarga itu adalah AMANAH dari Tuhan...
soal tanggapan anak2 WAJIB membalas jasa ibubapa sepatutnya tidak timbul...

so bagaimana nasib ibubapa ni nanti di hari tua?
perlu ke mak/ayah yg dh tua nih 'bergantung hidup' pd anak2?

disini pentingnya didikan/ilmu pengetahuan...(khususnya berlandaskan syariah)
hanya inilah bekalan yang perlu ditekankan dlm menjaga AMANAH tersebut...

apapun Tuhan dh janjikan sesiapa yg berbuat IHSAN kepada kedua ibubapanya....memperolehi ganjaran yg besar dariNYA...
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2010 01:20 PM | Show all posts
satu lagi pegi cari buku merentasi 7 alam aku lupa sapa pengarangnyer... dari situ kita dapat gambaran.. sebelum ditiupkan roh ke dalam rahim ibu.. roh tu Allah dah cipta cuma belum masa nya dia masuk ke rahim ibu so cam ne pulak kata ibu bapa pentingkan diri.  kalau nak thu lebih lanjut carilah buku tu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-12-2010 01:22 PM | Show all posts
apa yg dibincangkan ini adalah masalah khilaf bukan masalah rukun @ pokok..oleh itu islam menggalakk ...
fieda07 Post at 23-12-2010 13:02



   israel yg mengalah 6,7 negara arab dulu tu dan sampai ke hari ni kekal berkuasa.... berapa populasi depa compare to seluruh umat Islam?
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2010 01:24 PM | Show all posts
Reply 75# Labeaute


ntahnya...skeptikal dgn org miskin yg beranak ramai....
kesian kat depa...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 04:29 AM GMT+8 , Processed in 0.074689 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list