CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 181|Reply: 1

[Pulau Pinang] Bulan Kebangsaan pulih keyakinan rakyat terhadap Kerajaan Madani

[Copy link]
Post time 21-7-2023 03:47 PM | Show all posts |Read mode
Bulan Kebangsaan pulih keyakinan rakyat terhadap Kerajaan Madani

oleh   SYAJARATULHUDA MOHD ROSLI   21 Julai 2023    02:26pm







Kon Yeow melancarkan Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri Pulau Pinang 2023 pada Jumaat.




GEORGETOWN - Sambutan Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang pada tahun ini diharapkan dapat memulihkan kepercayaan dan keyakinan rakyat terhadap pentadbiran negara yang dipimpin Kerajaan Madani.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, setelah negara mengalami ketidakstabilan ekonomi dan politik, kini rakyat boleh menarik nafas lega apabila negara kini memasuki fasa pemulihan.

"Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang tahun ini amat bererti kerana ini tahun pertama di bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan dan atas tema Malaysia Madani.

"Ia diharap dapat memulihkan kepercayaan dan keyakinan rakyat terhadap negara ini sebab kita telah lalui beberapa tahun ketidakstabilan negara akibat politik mahu pun ekonomi.

"Dan sekarang barulah kita memasuki fasa pemulihan yang mana perayaan Bulan Kebangsaan, Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia akan benar-benar memulihkan keyakinan rakyat supaya menuju ke hadapan demi pembangunan negara dan kebajikan rakyat," katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri Pulau Pinang 2023 pada Jumaat.

Dalam majlis tersebut sebanyak 21 jabatan negeri, 19 jabatan persekutuan, 11 agensi negeri dan 10 agensi persekutuan terlibat dalam sesi penyerahan Jalur Gemilang sebagai simbolik bermulanya kempen Bulan Kebangsaan ini.

Tambah beliau, selari dengan tema Malaysia Madani: Tekad Perpaduan Penuhi Harapan, setiap daripada kita memainkan peranan yang penting bagi merancakkan kehangatan Bulan Kebangsaan yang diraikan.

"Pengisian dan intipati Bulan Kebangsaan ini sangat memainkan peranan penting dalam menyampaikan mesej yang jelas untuk membangkitkan semangat patriotisme dalam kalangan rakyat di negeri ini.


"Kita percaya dengan kepelbagaian dalam perpaduan yang merupakan aspirasi kepada tema yang dipilih ini, akan mendorong kepada tekad dan komitmen kita semua untuk membangunkan sebuah negeri serta negara dengan rasa cinta yang tinggi yang menjadi tunjang kepada keamanan dan kesejahteraan yang dinikmati kini," katanya.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-7-2023 04:14 PM | Show all posts
bohong , kench
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 05:13 PM GMT+8 , Processed in 0.396673 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list