CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 960|Reply: 10

Fikry Ibrahim Nak Jadi Ahli Politik, Tak Nak Jadi Gila Jawatan Tapi Ikhlas Nak Bantu Rakyat

[Copy link]
Post time 20-7-2023 07:47 PM | Show all posts |Read mode
Fikry Ibrahim ada impian nak menyertai dunia politik sebagai wakil rakyat bagi membantu komuniti.


Namun Fikry hanya sedia terjun dalam dunia politik yang dianggap penuh cabaran sekiranya mempunyai perniagaan yang stabil bagi membolehkannya membantu rakyat.


Foto: IG




"Jujurnya, saya ada memikirkan usaha membantu rakyat. Tetapi, pertamanya, saya perlu ada perniagaan dan kerja hakiki, barulah niat masuk politik dapat bantu rakyat.


"Tetapi, kalau masuk sekadar mahu bermain, pastinya motivasi saya hanya mahukan jawatan sebab tiada kerja hakiki.


  



"Jadi, selagi ada mentaliti itu, saya takkan masuk politik sebab saya akan rosak dan hanya mahu berebut jawatan.


"Saya perlu ada satu bisnes stabil bagi menampung hidup, barulah sertai dunia politik," katanya kepada BH Online.


Sementara itu, mengulas sama ada menghasilkan kandungan atau parodi sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos depan, Fikry berkata, dia tidak sabar mengeluarkan semua kandungan yang sudah disediakan.




  



"Ada, semua sudah sedia dan tunggu masa hendak keluarkan sahaja. Saya banyak membuat poster, tetapi bukanlah dibayar dan kandungan lain.


"Tetapi, saya ada tolong rakan tanpa dibayar. Bukan sebab parti atau ideologi parti, tetapi sebagai sahabat.


"Sebagai contoh, rakan daripada parti PAS minta hadiri kendurinya, jadi saya pergi. Begitu begitu juga rakan Pakatan Harapan (PH) dan selebihnya.


  



"Saya tolong atas dasar kawan dan ikhlas. Saya tidak malu sebab tolong kawan dan berharap melakukan sesuatu baik untuk rakyat," katanya.


Namun, Fikry mahu rakyat Malaysia berfikiran positif.


"Jujurnya, saya minat politik, tetapi tidaklah saya tidak bersetuju dengan seseorang, saya akan maki.


"Jangan sampai hina orang. Saya tahu ada masanya kita tidak bersetuju, tetapi janganlah sampai menghina," katanya ketika ditemui pada sidang media filem seram, Rahsia yang akan menemui pawagam pada 10 Ogos depan.


Berkongsi mengenai filem Rahsia, Fikry berpuas hati dapat memberi yang terbaik menerusi filem pertamanya itu.


"Filem Rahsia ini adalah gabungan bagus daripada pelbagai segi. Ada kala kita dapat naskhah bagus, tetapi barisan pelakon, tidak.


"Namun, untuk filem Rahsia semuanya bagus. Apabila saya tengok 'trailer', saya sudah cukup teruja. Jadi, saya tidak sabar hendak tengok filemnya nanti," katanya. -CARI


Sumber: Berita Harian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-7-2023 07:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Iyelah tu. Mula2 semua suci murni. Bila pegang jawatan automatik jadi b*d*h.

Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2023 07:56 PM | Show all posts
hidup kau pun tak terbantu lagi nyahhhh ada hati nak jadi ahli politik bantu rakyat...

hujung2 dah sendu terpaksa buat video sendu berlatarkan sembahyang jumaat di pelbagai negara...

dah la rhoper pun pekat kari... pekat roti naan... pekat pani puri... pekat kuah dhal... pekat briyani.. pekat vadey... pekat vanggay... pekat tosai...

kalau kau calit2 dahi pakai lipstick old n dull si mamakentut tu orang mesti dah ingat satu family dah dengan jah tu...

Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2023 08:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by minahgempal at 21-7-2023 01:10 AM

Tak payah la fikry..dari elok2 suci murni...join politik jek diri lama2 pun jadi taik dan bodoh macam ahli2 politikus yg sedia ada nie..lebih baik tolong orang sembunyi tangan mcm selalu u buat tu..u jadi businessman lgi baik..lpstu jadi jek la halimunan invest dalam ahli2 politikus nie punya persatuan..mcm vincent tan selalu buat..lgi bnyk benefit u dapat..
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2023 10:56 PM | Show all posts
politik ni kene pasang banyak proxy...
takleh kaya sorang2 nanti orang syak...
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2023 02:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Ermmm… mula2 semua ckp ikhlas
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-7-2023 08:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Seposen pon tak caya..[em:12:]
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2023 09:09 AM | Show all posts
mokluuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu[
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-7-2023 09:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Takyah la fiq. Semua retis yg join politik semua politic career jahanam.
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2023 09:29 AM From the mobile phone | Show all posts
haha semua ahli politik ckp mcm tu...ingat rakyat bodoh sgt ke nk percaya... klau nk jadi hero senang saja, cari jalan mcm mana nak naikkan currency kita yg teruk ni... siapa yg berjaya buat dialah hero negara... kau boleh? klau tak boleh tak perlu masuk politik dan buat semak jer...
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2023 12:08 PM | Show all posts
OshinDaSolja replied at 21-7-2023 09:29 AM
haha semua ahli politik ckp mcm tu...ingat rakyat bodoh sgt ke nk percaya... klau nk jadi hero senan ...

hihi... iols tunggu abis penggal kalini... pastu nak tengok rafizi cakap apa pulok
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2025 06:28 PM GMT+8 , Processed in 0.125374 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list