CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 467|Reply: 1

Orang Kampung Selamba Larikan Barang Guna Guni, Tak Hirau Jeritan Pemilik Kedai Hangus Terbakar

[Copy link]
Post time 20-7-2023 06:04 PM | Show all posts |Read mode
Tular sebuah video di Indonesia menunjukkan penduduk kampung berpusu-pusu mencuri barang dari sebuah kedai yang baru dijilat api.


Ketika kejadian, individu yang membuat rakaman video, dipercayai pemilik kedai terpaksa merayu kepada pelaku agar menghentikan perbuatan terkutuk itu.




Twitter @@chromatogrebi




"ergilah, tolonglah... Kamu semua tak ada hati ke? Jangan ambil, tinggalkan barang ini semua. Tinggalkan. Kamu semua gila," ujar wanita itu sebak.


Dalam video itu, kelihatan ramai lelaki dan wanita berada dalam premis tersebut sebelum mereka melarikan pelbagai barangan yang diletakkan di dalam guni putih.


Malah, ramai penduduk kampung yang lain dilihat tercegat di seberang jalan sambil menyaksikan kejadian kecurian itu


Video kejadian di Indonesia itu bukan sahaja tular di aplikasi TikTok, malah turut tersebar ke laman Twitter sehingga mengundang pelbagai reaksi netizen.







"Tergamaknya. Ada ya orang sejahat itu?


"Ini (pencuri) sesuai kena api juga.


"Barang yang diambil, diguna dan dimakan pasti tak berkat.


"Ya ini sisi gelap masyarakat kita," tulis beberapa netizen.




Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-7-2023 06:16 PM | Show all posts
keturunan @Bipolajourney2 memang sebijik perangai asnaf macam dia
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-3-2025 05:28 PM GMT+8 , Processed in 0.045574 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list