CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1189|Reply: 3

Diana Danielle Fail Nusyuz, Farid Kamil Tidak Menjalankan Tanggungjawab Dalam Rumah Tangga

[Copy link]
Post time 20-7-2023 04:34 PM | Show all posts |Read mode
Diana Danielle memfailkan nusyuz terhadap suaminya, aktor Farid Kamil di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari pada Khamis.


Peguam syarie yang mewakili Diana iaitu Azmi Mohd Rais memaklumkan tuntutan itu dibuat atas alasan Farid tidak menjalankan tanggungjawab dalam rumah tangganya bersama Diana.


"ihak kami baru memfailkan nusyuz terhadap Farid atas alasan tidak menjalankan tanggungjawab dalam rumah tangga," katanya kepada pemberita.


Foto: IG




Diana sebelum itu hadir ke mahkamah berkenaan bagi menghadiri sebutan semula tuntutan nusyuz yang dibuat Farid terhadapnya pada 6 April lalu.


Hakim Syarie Shukran Yusof bagaimanapun menangguhkan kes itu pada 23 Ogos ini susulan Farid tidak hadir pada prosiding kes tersebut.


Farid tidak hadir selepas memaklumkan dia positif jangkitan Covid-19 dan sedang menjalani kuarantin kendiri.


Dalam pada itu, Diana berkata, tindakannya memfailkan tuntutan nusyuz terhadap Farid disifatkan sebagai proses biasa bagi mana-mana pasangan yang sedang berdepan kemelut rumah tangga.


Kata Diana, setiap pasangan mempunyai hak untuk memfailkan sebarang tuntutan di mahkamah.


"Ini masih peringkat awal. Ia adalah proses biasa. Semua pihak ada hak untuk memfailkan tuntutan mereka," katanya.


Pada 6 April lalu Farid atau Farid Kamil Zahari, 42, memfailkan perintah kembali taat dan tuntutan sabitan nusyuz terhadap Diana.


Untuk rekod, pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad, 10 dan Nur Aurora berusia 8 tahun. -CARI


Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-7-2023 04:42 PM | Show all posts
go go DD semoga menang lawan si kacip tu...

si bandi suriati memang dah aim nakkan si kacip ni dah... laku teruk yach heolss walaupun yang nak tu pun rhoper arnab jatuh bendang..

apa kata lepas selesai bercerai nanti... bagi bandi suriati tu je kahwin dengan parit tu nok...

sesuai sangat hokkeh sorang muka berlubang... sorang muka bandi amuk macam arnab kena hujan...

bagi jeri kempunan je tengok si bandi dapat laki muda... yang dia plak tak kahwin2 lagi tak habis2 duk kumpul duit lagi...

Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2023 07:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Go
Go
Go
Go
Go
Go
Go
Go
Go
Didi goooo lets goooooo

Tiberrr
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2023 07:26 PM | Show all posts
semuga semua cepat selesai...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 06:07 AM GMT+8 , Processed in 0.040964 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list