CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 317|Reply: 2

Naimi Terharu Dipuji Amy Search

[Copy link]
Post time 20-7-2023 03:03 PM | Show all posts |Read mode
Teruja dapat beraksi bersama kumpulan rock lagenda, Search ketika membuat persembahan di konsert NusaFest buat pertama kali, baru-baru ini, Naimi Daini tidak menyangka persembahan pertamanya menerima respons positif dan berjaya meraih perhatian dalam kalangan peminat kumpulan itu


Malah, pemain dram muda itu turut meluahkan rasa terharu apabila vokalis utama, Datuk Amy memuji kehandalannya bermain alat muzik tersebut.




Nona




“Alhamdulillah ramai yang beri maklum balas positif walaupun saya sekadar pemain dram undangan dengan Search.


“Memang gembira dapat bermain dram dengan untuk Search selain terharu kerana uncle Amy memuji dan melihat saya mempunyai persamaan dengan pemain dram terdahulu iaitu Allahyarham Yazit,” katanya.




Nona




Umum mengetahui, pemain dram Search, Allahyarham Yazit disahkan meninggal dunia pada 26 September 2019 sekali gus menjadikan kehadiran Naimi untuk mengisi kekosongan posisi tersebut.




Nona




Perkara itu telah dikongsikan oleh Naimi ketika ditemui di majlis sidang Konsert Hausboom Music 2023, Selasa lalu.




Sumber: Xtra
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-7-2023 03:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Wartawan yang tulis artikel ni tak study ke macam mana arwah Yazit kena buang dengan Search di hujung usia dia? Siap kena maki dengan mem besar isteri pakcik Amy lagi.

Tiber sekarang nak kenang kenang balik Yazit lol.
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2023 04:01 PM | Show all posts
nauzubillah min zalik... maaf la jika kata2 kaka kejam tapi tengok gambar tu iols dah terbau2 gua berkarat zaman paleolithic...

ada lagi eh orang pakai style rock gitu di zaman 2023 ni...

kalau rockers pun tak semestinya kena kepam... ni masing2 rhoper macam gelandangan nak pergi minta nasi dekat NGO...

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-9-2024 03:23 AM GMT+8 , Processed in 0.036543 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list