CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 502|Reply: 2

Polis Cekup Suami Jadi Dalang Rompak Isteri Di Karak

[Copy link]
Post time 20-7-2023 10:52 AM | Show all posts |Read mode
Lelaki dipercayai dalang utama kes rompakan terhadap isterinya di Bentong, Isnin lalu, diberkas.


Ketua Polis Daerah Bentong Superintenden Zaiham Mohd Kahar mengesahkan kegiatan suspek terbongkar selepas polis menahan tiga lelaki disyaki terlibat melakukan rompakan terhadap isterinya.




TANGKAP layar sebuah kereta Perodua Alza berwarna putih yang dinaiki tiga suspek dalam kejadian rompakan di Taman Hijau, Karak di Bentong, Pahang. - Utusan




"Hasil soal siasat ke atas suspek yang ditahan mendapati suami mangsa berusia 47 tahun itu dipercayai menjadi dalang utama dalam kes rompakan ini semata-mata bagi tuntutan insurans," menurutnya dalam kenyataan semalam.


Polis sebelum itu menerima laporan mengenai kes rompakan melibatkan seorang suri rumah berusia 42 tahun yang telah didatangi tiga lelaki tidak dikenali serta memakai topeng dan bersenjatakan parang di kawasan perumahan Taman Hijau di Karak, Bentong pada 3.05 petang.


Zaiham berkata, suspek mengacukan parang dan menggeledah rumah mangsa sebelum melarikan diri dengan sebuah kereta dan barang kemas wanita itu dengan kerugian dianggarkan sebanyak RM16,000.


"Siasatan awal mendapati ketika kejadian, mangsa tinggal berseorangan di rumah kerana suami, ibu dan anaknya telah pergi ke rumah saudara mereka," katanya sambil menambah operasi mengesan suspek telah menyaksikan polis berjaya menahan dua lelaki tempatan berusia 33 tahun dan seorang warga asing berusia 24 tahun pada 9.30 malam di Nilai, Negeri Sembilan.


Beliau berkata kesemua suspek direman tujuh hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.






Sumber: BERNAMA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-7-2023 10:57 AM | Show all posts
cpt sgt kantoi nya pun



Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2023 06:36 PM | Show all posts
sedih hohhh.... blm smpat tarik nafas dah kn tgkp
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-3-2025 04:59 PM GMT+8 , Processed in 0.542233 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list