View: 3057|Reply: 41
|
Sudah-sudahlah jual air balang ‘hipster’ dalam akuarium
[Copy link]
|
|
Sudah-sudahlah jual air balang ‘hipster’ dalam akuarium

Tangkap layar gambar air balang 'hipster' dalam akuarium yang dimuat naik seorang pengguna di Facebook.
PETALING JAYA – Penjualan air dalam akuarium yang pernah tular pada bulan Ramadan lalu adalah tidak selamat dan boleh membawa mudarat terhadap kesihatan.
Menurut sebuah hantaran tular di laman Facebook, penggunaan akuarium kaca berserta pam jenis plastik itu tidak menepati kriteria penyediaan dan penyimpanan makanan selamat seperti yang digariskan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
“Penggunaan bahan yang mengandungi silikon seperti BPA (bisfenol-A), BPS (bisfenol-S), ftalat, PVC (polivinil klorida), LDPE (polietilena ketumpatan rendah), PP (polipropilena), PS (polistirena), atau PC (polikarbonat) adalah tidak selamat.
“Balang dalam kategori gred makanan selamat diperbuat daripada plastik jenis PETE/PET (polietilena tereftalat) atau HDPE (polietilena ketumpatan tinggi). ‘Hanging filter’ di dalam gambar juga bukan diperbuat daripada bahan-bahan di atas,” jelasnya.
Menurut pengguna tersebut, semua bahan di atas tidak tergolong dalam kategori ‘food safe’ menjadikannya tidak selamat untuk penyediaan makanan.
“Saya berharap, para penjual tidak akan meniru cara penjualan sebegini pada masa akan datang. Ingatlah, penguatkuasaan selalu dilakukan.
“Jangan fikir nak ‘hipster’ sahaja sehingga mengabaikan aspek keselamatan makanan. Kalau kena kompaun, jangan cakap anggota penguatkuasa tindas sesama bangsa Melayu pula,” pesannya.
Jelasnya, penggunaan bahan selamat semasa berniaga sudah diketengahkan semasa menjalani kursus pengendalian makanan. Pemeriksaan berkala yang dijalankan juga bukan untuk menindas, sebaliknya untuk tujuan pemantauan.
“Tidak kiralah dimana sahaja anda berniaga, pemeriksaan mengejut akan dilakukan tanpa sebarang notis. Apabila ada aduan daripada pengguna, siasatan akan terus dilakukan.
“Pemeriksaan bukan bermakna orang dengki dengan perniagaan kau. Kalau tidak ada melanggar apa-apa kesalahan dari segi akta makanan, lepaslah. Kalau ada kesalahan, bersedialah untuk menerima kompaun,” katanya. – KOSMO! ONLINE
Sumber:https://www.kosmo.com.my/2023/07 ... ter-dalam-akuarium/
|
|
|
|
|
|
|
|
meh la sapa2 nak rasa air kolam pure punya.. free jah meols kasi.. balik nanti campo la sirap ka sarsi ka oren ka 
asal viral |
|
|
|
|
|
|
|
idop lagi ke segala benda konsep hipster nih? very the 2012  |
|
|
|
|
|
|
|
dani-rox replied at 19-7-2023 06:24 PM
idop lagi ke segala benda konsep hipster nih? very the 2012
koma 2012...bangun/sedar 2023...camtu la jadinya...cam citer bebudak zaman breakdance tu... |
|
|
|
|
|
|
|
Terpaling Hipster Jual Teh Ais 'Waterfall- Peniaga Guna Balang Pam Penapis Air Akuarium Dikecam, Bahaya Ada Gam Silikon, Minyak Gris
Sebuah gerai dipercayai di sebuah pasar malam di Shah Alam menggunakan akuarium kaca untuk menjual air balang.
Di Facebook, kelihatan peniaga itu turut menyertakan pam penapis air sebagai alat pembancuh minuman walaupun ia kebiasaannya digunakan untuk mengitar air di dalam akuarium.
Tidak dapat ditentukan secara pasti apa motif penjualan air dengan kaedah sebegitu, mungkin nak jadi 'hipster' dan mampu memukau pelanggan.
 Foto: mStar
Di ruangan komen, walaupun teknik penjualan air minuman itu jelas mempunyai beberapa risiko kesihatan tetapi sesetengah pelayar masih cuba menegakkan benang yang basah.
"Makan nasi goreng dalam bungkusan polisterin tu tak ada pula kisah ikut piawaian keselamatan makanan (food grade) ke apa. Padahal apabila dah habis makan nampak polisterin tu mencair kena makanan panas.
"Terpaling la nak risau akuarium tu food grade ke tak, korang melahap mi segera sejak kecil masih hidup sihat kan sekarang.
"Bukan selalu pun nak minum air dari akuarium tu, aku dulu buat do it yourself (DIY) peralatan barbeku, aku guna dawai dari kedai hardware nak buat jaring untuk letak daging dan ayam, elok je masak guna api panas.
"Ikan pun makhluk bernyawa kan, mereka boleh je hidup dalam akuarium, tak akan manusia lemah sangat sampai tak boleh tahan," kata sebahagian warga maya dalam penafian.
Ketika ramai warga maya memberikan pandangan yang semberono, beberapa netizen tampil mengemukakan penjelasan saintifik tentang mengapa penjualan air minuman di dalam akuarium adalah tidak sihat untuk kesihatan manusia.
"Menggunakan bahan yang bukan food grade untuk mengendalikan makanan adalah sangat berisiko.
"Bahan-bahan yang bukan dikategorikan food grade mungkin mengandungi bahan kimia berbahaya yang dapat memasuki makanan atau minuman dan menyebabkan masalah kesihatan jika dimakan atau diminum.
"Selain itu bahan bukan food grade boleh melepaskan zat beracun ketika terkena suhu panas dan sejuk melampau atau terdegradasi dalam jangka masa tertentu.
" enting untuk selalu menggunakan peralatan dan bahan yang telah ditetapkan secara khusus untuk menyimpan makanan atau minuman agar terhindar dari risiko kesihatan," kata seorang warga maya.
Selain itu seorang lagi netizen mengingatkan pengguna tentang gam silikon yang terdapat pada akuarium kaca.
"Kat akuarium kaca tu ada silokon. Silikon yang bukan food grade antaranya adalah BPA (Bisphenol A), BPS (Bisphenol S), ftalat, PVC (Polyvinyl Chloride), LDPE (Low Density Polyethylene), PP (Polypropylene), PS (Polystyrene), atau PC (Polycarbonate).
" ada hanging filter ada motor yang berfungsi sebagai penyedut air. Terdapat minyak gris pada motor tersebut," katanya.
Seorang warga maya pula berkongsikan tip untuk memeriksa piawaian keselamatan makanan dalam suatu bekas penyimpan.
"Nak tahu suatu bekas makanan atau minuman tu food grade atau tidak, tengok logo segi tiga dengan angka 3, 4, 5, 6, atau 7 di dalamnya.
"Kalau segi tiga dengan angka 1 atau 2 di dalamnya, itu bermaksud balang tersebut hanya boleh digunakan sekali dan tidak boleh dipanaskan atau dibekukan," jelas warga maya itu. -CARI
Sumber: mStar |
|
|
|
|
|
|
|
yang jual bodooooo yang beli pun benakkkk |
|
|
|
|
|
|
|
yg backing tu biar aje depa telan
sakit besok2 bia depa tanggung...
apa tah dosa pakai balang air yg sedia ada tu... elok je... |
|
|
|
|
|
|
|
Rasa over sgt duk diskus psl air balang ni pdhal duk makan super ring kejadah bagai tu tak sama keeeee |
|
|
|
|
|
|
|
bukan bebenang ni udah ada ke semalammmm? |
|
|
|
|
|
|
|
YG BUKAN2 bg je org MALAYSIA 
|
|
|
|
|
|
|
|
tu lah
semalam meols siap offer air kolam ikan meols lagi.. lagi pure.. tak tipu punya.. sekali pam, oxigen, sama uv light kasik as a bonus
sapa nak? 
|
|
|
|
|
|
|
|
zaman tiktok kot.. memang la semua yang hipstur.. smua nak tiru..
asal viral.. semua nak rasa.. walhal.. kualiti nan hado.
Memang dakla aku nk mengikut hipstur n viral things ni..
aku prefer ever green punye stuff.. |
|
|
|
|
|
|
|
Myhappyending replied at 20-7-2023 11:32 AM
Rasa over sgt duk diskus psl air balang ni pdhal duk makan super ring kejadah bagai tu tak sama keee ...
Kalau buat dam dimakan diri sendiri atau ahli keluarga sediri, ikut suka hati la kan. Sb yg nk tanggung bil hospital bukan jiran atau kawan².
Opps lupa, bil spital kt malaysia ni kan singgit je..ajommm kita semua tak pyh pikir kesihatan diri. |
|
|
|
|
|
|
|
Wartawan Cari ni dia punya bodoh mmg ada kelas tersendiri |
|
|
|
|
|
|
|
Syukur la I tak pernah teringin nak try trend pelik2 gini. Termasuk la zaman dulukala trend ice cream dalam pasu  |
|
|
|
|
|
|
|
tu bukan akuarium bkan yg siap jual kt kedai tu yg ni ditempah mcm akuarium.
biorler diorg nk jual konsep apapun, aku cuma tk suka kalu itu indon / warga asing meniaga. jenis budak2 skrg susah nk jumpa yg cekal kental tahan ujian kemain ikut trend/hipster tapi tak byk yg bertahan lama. harap diorg ni sungguh2 la carik rezeki. |
|
|
|
|
|
|
|
Astaga
Depa samakan manusia dgn ikan
 |
|
|
|
|
|
|
|
Ooo dia jual kat pasar malam
Adakah ini cara halus utk menghapuskan populasi bifoti dari muka bumi? |
|
|
|
|
|
|
|
yg balang biasa pun i dh x lalu |
|
|
|
|
|
|
| |
|