CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 177|Reply: 0

[Pulau Pinang] 'Wanita besi' bekas olahragawati negara terima anugerah Tokoh Sukan

[Copy link]
Post time 19-7-2023 10:03 PM | Show all posts |Read mode
'Wanita besi' bekas olahragawati negara terima anugerah Tokoh Sukan


Oleh Zuhainy Zulkiffli - Julai 19, 2023 @ 9:48pm bhnews@bh.com.my




Presiden Persatuan Melayu Pulau Pinang (Pemenang), Tan Sri Mohd Yussof Latiff (kiri), menyampaikan pingat dan sijil perhargaan kepada bekas olahragawati negara, Datuk Zaiton Othman (kanan) yang diangkat sebagai penerima anugerah Tokoh Sukan pada Perayaan Hari Terbuka Rumah Persatuan sempena Sambutan Awal Muharam (Maal Hijrah) 1445/2023. NSTP/Zuhainy Zulkiffli




GEORGETOWN: Bekas olahragawati negara, Datuk Zaiton Othman, diangkat sebagai penerima anugerah Tokoh Sukan pada Perayaan Hari Terbuka Rumah Persatuan sempena Sambutan Awal Muharam (Maal Hijrah) 1445/2023 anjuran Persatuan Melayu Pulau Pinang (Pemenang) di sini, hari ini.

Namanya pernah menjadi bualan di Rantau Asia kerana kehebatan luar biasa mengharumkan Malaysia dengan merangkul tiga pingat emas dalam acara Heptathlon, 4x100 meter (m) dan 4x400m pada temasya Sukan Sea Manila pada 1981.

Mendapat jolokan 'wanita besi', Zaiton mencipta nama dalam Kejohanan Padang dan Balapan Asia 1979 di Tokyo dengan memenangi pingat perak dalam acara 4x100m bersama rakan sepasukan Saik Oik Cum, V Anggamah dan Marina Chin.

Seterusnya ke temasya yang sama pada 1981 di Tokyo apabila beliau merangkul pingat emas bagi acara 4x100m bersama Oik Cum, Anggamah dan Mumtaz Jaafar serta meraih pingat gangsa dalam cara Heptathlon.

Dilahirkan pada 3 May 1959, Zaiton yang berasal dari Kepala Batas memulakan karier sebagai guru di Sekolah Tinggi Union Pulau Pinang sebelum menyertai Majlis Sukan Negara (MSN) sebagai Pegawai Sukan pada September 1989.

Zaiton juga pernah berkhidmat sebagai Pegawai Psikologi Sukan di Institut Sukan Negara (ISN) dari 1992 hingga 2000, seterusnya dilantik sebagai Pesuruhjaya Sukan Malaysia pada 2015 sebelum bersara pada 2019.

Pemenang Anugerah OCM Women Sport Award 2010 itu turut menerima Anugerah International Olympic Committee (IOC) Women and Sport untuk Asia pada 2012.

Zaiton berkata, anugerah berkenaan memberi motivasi kepadanya bagi terus berusaha.

"Ganjaran ini adalah 'hak orang lain' yang diberi kepada kita namun ia adalah satu titik tolak yang memberi motivasi kepada saya supaya lebih berusaha," katanya ketika ditemui di Jalan Pemenang, hari ini.

Selain Zaiton, enam lagi individu iaitu Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor, menerima anugerah Tokoh Agama; Pengarah Pelajaran Negeri Pulau Pinang Abdul Rashid Abdul Samad (Tokoh Pendidikan) dan Pengarah Pelaksanaan Kumpulan Sime Darby Property Datuk Azmir Merican Datuk Azmi Merican (Tokoh Korporat).

Juga Penulis lirik Hairul Anuar Harun (Tokoh Seni dan Budaya) manakala Naib Yang DiPertua Persatuan Qaryah-Qaryah Masjid Negeri Pulau Pinang Mohamed Zain A Ibrahim dan Pengerusi Abdul Razak Mansor masing-masing menerima anugerah Tokoh Kemasyarakatan.

Pingat dan sijil penghargaan bagi anugerah berkenaan disampaikan oleh Presiden Pemenang, Tan Sri Mohd Yussof Latiff.







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 10:36 AM GMT+8 , Processed in 0.058529 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list