CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 146|Reply: 0

[Pulau Pinang] PRN: UMNO Cawangan Perai sokong Ramasamy calon DUN Perai

[Copy link]
Post time 19-7-2023 03:09 PM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 19-7-2023 03:10 PM

PRN: UMNO Cawangan Perai sokong Ramasamy calon DUN Perai

oleh  SYAJARATULHUDA MOHD ROSLI 19 Julai 2023  01:15pm





Mohammad Iqbal (tengah) bersama beberapa ahli UMNO Cawangan Perai menyatakan sokongan mereka terhadap Ramasamy ketika sidang akhbar pada Rabu.




PERAI - Lebih 400 ahli UMNO Cawangan Perai menyatakan sokongan mereka terhadap bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perai untuk kekal bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) tersebut dalam pilihan raya negeri (PRN) ini.

Pengerusinya, Mohammad Iqbal Kader Gani berkata, sokongan terhadap Ramasamy itu dibuat di atas beberapa faktor antaranya komitmen yang ditunjukkan Ramasamy ketika menjadi ADUN di kawasan berkenaan.

Menurutnya, Ramasamy merupakan pemimpin berjiwa rakyat yang sering membantu penduduk Perai tanpa mengira kaum, agama dan fahaman politik.

"Ada desas-desus mengatakan ada perubahan besar yang akan dilakukan dalam PRN ini yang mana, ahli politik veteran seperti Ramasamy akan digugurkan daripada bertanding. Bagi kami, ini satu tindakan yang tidak wajar kerana khidmat Ramasamy masih diperlukan di Perai ini.

"Kami mahu gabungan Pakatan Harapan (PH)-Barisan Nasional (BN) ini mengekalkan penyandang kerusi Perai iaitu Ramasamy. Beliau banyak membantu menyelesaikan isu-isu yang dihadapi di sini, tidak kira agama dan kaum.

"Beliau memberi perhatian yang khusus terhadap pembangunan surau dan masjid di sini walaupun beliau bukan beragama Islam. Pemimpin begini yang kita mahu. Ada pihak yang mendakwa beliau rasis, itu tidak betul kerana kami di sini tahu Ramasamy macam mana," katanya pada sidang akhbar di Kampung Manis di sini pada Rabu.

Sebelum ini, terdapat ura-ura bahawa beberapa nama bekas ADUN dari DAP yang menjawat jawatan Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang dikatakan tidak dicalonkan semula pada PRN yang akan diadakan Ogos ini.

Mereka termasuk Ramasamy; bekas ADUN Sungai Puyu, Phee Boon Poh; Exco Belia dan Sukan, Soon Lip Chee; Exco Pelancongan dan Industri Kreatif, Yeoh Soon Hin dan Exco Pembangunan Sosial dan Hal Ehwal Bukan Islam negeri, Chong Eng.


Tambah Mohammad Iqbal, selama berkhidmat sebagai ADUN Perai, Ramasamy senang didekati dan sentiasa turun padang sekiranya diperlukan rakyat.

"Setiap Selasa beliau akan ada di pusat khidmatnya membolehkan penduduk Perai boleh berjumpa dengannya untuk menyatakan masalah yang dihadapi. Ini yang kami mahu, sentiasa turun padang, bukannya wakil rakyat atas sekadar nama saja.

"Selain itu, beliau juga berjanji akan menyelesaikan sepenuh isu-isu yang sedang dalam proses sekiranya diberi mandat sekali lagi. Ada dua tiga projek yang masih berjalan antaranya penempatan semula penduduk kampung di sini," katanya.

Tegas beliau, UMNO cawangan itu menentang sekeras-kerasnya calon baharu yang tiada pengalaman diletakkan di kerusi tersebut dalam PRN nanti.

"Kami tak mahu calon baru yang tiada pengalaman dan tidak mempunyai pengetahuan tentang keadaan di Perai. Kami tak mahu projek pembangunan dan projek kemasyarakatan yang dalam proses pelaksanaan terbantut jika calon baru diletakkan di sini.

"Sebab itu, kami mahu Ramasamy terus diletakkan sebagai calon dalam PRN nanti. Kami tidak mahu muka baru," katanya.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 05:10 PM GMT+8 , Processed in 0.073616 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list