View: 248|Reply: 0
|
[Johor]
Ibu lapor polis anak cedera dirotan guru besar
[Copy link]
|
|

PELAJAR yang cedera di badan dan muka selepas didakwa dirotan guru besar kerana tidak menyiapkan kerja sekolah. FOTO Ahmad Ismail
Segamat: Seorang pelajar lelaki Tahun Lima sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) di sini cedera di badan dan muka selepas didakwa dirotan guru besar kerana tidak menyiapkan kerja sekolah.
Ketua Polis Daerah Segamat Superintendan Ahmad Zamry Marinsah berkata pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian menerusi laman Facebook Polis Daerah Segamat kira-kira jam 11 malam semalam.
Susulan maklumat diterima, pihaknya meminta mangsa hadir ke balai polis bagi membuat laporan berhubung kejadian.
"Pada jam 12.10 tengah malam, satu laporan polis dibuat ibu mangsa mengatakan anaknya cedera di leher kiri, bahu kiri dan calar di pipi akibat dirotan guru besar wanita berusia 50-an.
"Siasatan awal mendapati pelajar itu dirotan kerana gagal menyiapkan kerja sekolah dan bersikap sambil lewa ketika sesi pembelajaran di sekolah," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Ahmad Zamry berkata susulan polis itu pihaknya telah mengambil keterangan daripada guru berkenaan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan.
Katanya pihaknya sedang melengkapkan kertas siasatan untuk dirujuk kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya bagi tindakan selanjutnya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -dirotan-guru-besar |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|