View: 979|Reply: 12
|
Bicara Kes Nusyuz Madu Miera Liyana Disambung Pada 15 Ogos
[Copy link]
|
|
Perbicaraan kes nusyuz membabitkan suami Miera Liyana, Rosland Othman dan isteri pertamanya Adibah Abdul Mutalib akan disambung pada 15 Ogos nanti bertempat di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur.
Pada prosiding hari ini di hadapan Hakim Abdul Fattah Datuk Kamarudin, Adibah, 50, menerusi peguamnya Md Taufeq Al Amin Sahri dan Junid Ramali sudah menghantar keterangannya selaku defendan.
Foto: IG
"Untuk penyata keterangan defendan kami failkan lambat sedikit kerana ada masalah untuk dokumentasi sebagai bukti-bukti dilampirkan itu.
"Keterangan defendan belum boleh cerita. Keterangan itu sudah muktamad cuma kemungkinan ada atau tak ada bantahan plaintif itu, kita tak tahu.
"Sebagaimana pihak plaintif nyatakan kepada mahkamah tadi, mereka kena meneliti untuk memastikan semua keterangan defendan diterima atau bantah akan diketahui pada prosiding akan datang," kata Taufeq.
Foto: Harian Metro
Berhubung status nusyuz itu, penelitian daripada pihak Rosland, 50, selaku plaintif akan dibuat terlebih dulu bagi menentukan proses susulannya.
"Status akan dimulakan dengan pihak plaintif memastikan ada atau tidak keterangan defendan yang dibantah. Kalau tiada, kita teruskan dengan penandaan dokumen, kemudian soal balas keterangan," katanya.
Bagaimanapun, Rosland tidak hadir pada prosiding hari ini. Hanya peguamnya Nurul Balqis Nordin hadir dan memaklumkan anak guamnya tidak sihat.
Pada prosiding sebelum ini, Rosland memberitahu mahkamah bahawa dia tidak pernah mengabaikan nafkah terhadap isteri pertama dan anaknya meskipun sedang melalui perbicaraan kes nusyuz.
Rosland memfailkan nusyuz terhadap Adibah selepas dikatakan keluar rumah tanpa keizinan pada 24 September 2021.
Rosland sebelum ini memfailkan cerai terhadap Adibah di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada 7 April lalu mengikut Seksyen 47, Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.
Adibah menolak permohonan cerai yang difailkan Rosland dan mahkamah mengarahkan kedua-dua pihak melantik wakil Jawatankuasa Pendamai (JKP) dalam kes perceraian itu.
Kisah rumah tangga pasangan terbabit menjadi perhatian sebaik Rosland memfailkan cerai terhadap isteri pertamanya itu.
Namun, madu kepada Miera Leyana itu dilaporkan mahu terus mempertahankan rumah tangga bersama suami walaupun perkahwinan dilanda badai sejak dua tahun lalu. -CARI
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
semoga jantan beruban rhoper macam mintak kena shampoo pakai innai nunha tu kalah...
|
|
|
|
|
|
|
|
Aamiiin pada doa kaka dud |
|
|
|
|
|
|
|
Aamiin jugak pada dia itu.... |
|
|
|
|
|
|
|
dudaberhias replied at 18-7-2023 07:17 PM
semoga jantan beruban rhoper macam mintak kena shampoo pakai innai nunha tu kalah...
Aamiin...... |
|
|
|
|
|
|
|
Serious aku benci lelaki mcm ni |
|
|
|
|
|
|
|
Kisah benar. Ada penyondol tu umur nenek2 hidup pun tak tenang. Dulu berisi sekarang kurus kering. Anak2 tak hormat org tua. Anak sulung dia ada pompuan bawak lari sampai sekarang tak balik rumah. Dah bertahun2. Makcik ni pun mental tak berapa stabil. Masa tengah bercakap boleh dia tergelak2 tanpa sebab. Masa muda boleh tahan gedebe bangga sangat dapat rampas laki orang. Sekarang you reap what you sow tiga puluh tahun dulu.
|
|
|
|
|
|
|
|
Nafkah dia tak bagi ada hati tuduh wife nusyuz. Tunggulah bini muda tu bosan meluat dengan terung kecut ko tu.
|
|
|
|
|
|
|
|
Semoga tok laki ni mati pucuk.
Kahwin baru oandai. Tanggung jawab lupa |
|
|
|
|
|
|
|
dudaberhias replied at 18-7-2023 06:17 PM
semoga jantan beruban rhoper macam mintak kena shampoo pakai innai nunha tu kalah...
Amin….. |
|
|
|
|
|
|
|
nanti nak bawak mak mertua ngan abang ipaq lagi ka? |
|
|
|
|
|
|
|
sharlenetexas replied at 18-7-2023 01:15 PM
Kisah benar. Ada penyondol tu umur nenek2 hidup pun tak tenang. Dulu berisi sekarang kurus kering. A ...
Mohon ungkit semula salahlaku depan sheols agar tambah mental. |
|
|
|
|
|
|
|
sharlenetexas replied at 18-7-2023 09:17 PM
Nafkah dia tak bagi ada hati tuduh wife nusyuz. Tunggulah bini muda tu bosan meluat dengan terung ke ...
boleh bagi visual grafik terung kecut? tq |
|
|
|
|
|
|
| |
|