CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1230|Reply: 11

Cederakan Shuhada: Hafidz Roshdi Bakal Kemuka Representasi, Kaji Pertuduhan

[Copy link]
Post time 18-7-2023 04:12 PM | Show all posts |Read mode
Pihak pembelaan mewakili Hafidz Roshdi akan mengemukakan representasi terhadap pertuduhan yang dikenakan ke atasnya bagi tuduhan mencederakan isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri, pada 13 Mac lalu.


Perkara itu dimaklumkan oleh peguam Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili Hafidz pada sebutan semula kesnya di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bahru, di sini, hari ini.


Katanya, pihaknya telah menerima dokumen daripada pihak Pendakwa Raya berkaitan kes membabitkan anak guamnya hari ini.


Foto: Kosmo




“Selepas menerima dokumen (kes) hari ini, pihak kami akan meneliti segala fakta kes dan akan mengemukakan representasi bagi memohon pihak pendakwaan mengkaji semula pertuduhan terhadap Hafidz.


“Ini termasuk arahan terhadap anak guam saya terhadap kenyataan yang terdapat dalam dokumen untuk membuat semakan semula bagi mendapat satu rumusan yang adil sebelum dibicarakan di mahkamah,” katanya kepada Kosmo.


Mahkamah kemudian menetapkan tarikh 4 Oktober nanti untuk sebutan semula kes dan status representasi yang akan dikemukakan.


Sementara itu, Hafidz atau nama lengkapnya Muhammad Hafidz Roshdi, 29, berkata, dia berpuas hati dengan perjalanan proses mahkamah setakat ini dan mahu kembali memberi fokus terhadap kerjaya lakonan selain tumpuan terhadap kesihatannya.


“Alhamdulillah saya mahu beri fokus kepada kerjaya dan kesihatan saya. Itu sahaja. Untuk kes ini saya serahkan kepada peguam saya. Setakat ini saya berpuas hati,” ujarnya.


Terdahulu Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bahru diberitahu, Hafidz disahkan waras dan pertuduhan yang didakwa ke atasnya layak dibicarakan pada 9 mac lalu.


Perkara itu dimaklumkan Timbalan Pendakwa Raya, Asmaa’ Zamri pada sebutan semula dan laporan psikiatri hari ini di hadapan Hakim Hakim Mohd. Kafli Che Ali yang bertindak sebagai Majistret.


Pelakon drama Melastik Ke Hatimu itu sebelumnya telah ke Hospital Bahagia pada 29 Mac untuk menjalani pemeriksaan psikiatri sebagaimana yang diperintahkan selepas membenarkan permohonan pihak pendakwaan mengikut Seksyen 342 Kanun Acara Jenayah.


Pada 13 Mac lalu, Hafidz mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menumbuk pipi kiri isterinya sebanyak tiga kali di susur keluar Plaza Tol Sungai Buaya.


Berikutan itu pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya, dan dibaca bersama Seksyen 326A kanun sama yang memperuntukkan hukuman maksimum dua kali ganda bagi sabitan di bawah Seksyen 323. – CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-7-2023 04:54 PM | Show all posts
kaya lawyer piz ni..klu dulu loyer pizah jdi loyer retis..
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2023 09:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Fokus kerja..ada kerja ke ko?
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2023 11:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by LoveSungmin at 19-7-2023 11:13 PM

dah memang kau pukul kan? tak boleh ke jadi gentleman dan mengaku je? ex wife kena hidup selamanya kot dengan parut kat muka tu.. melainkan kalau sheols buat plastic surgery la..
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2023 11:43 PM From the mobile phone | Show all posts
zuriey replied at 18-7-2023 09:39 PM
Fokus kerja..ada kerja ke ko?

Kerja heols bertinju dan review produk je la uols. Mana ada orang nak ambik berlakon pun, kosser la ambik mat bulu pendek ni while pucuk muda ramai lagi heloks cepat2 la settle kes dia ni dan terus terkubur bersama bekas bini yg kuat mencapub tu. Dua2 semak.
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2023 11:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Janji ada duit. Boleh la ambil peguam hebat. Pusing sana sini walaupun dah terang2 yang kau hentak bini. Takkan la shelup hentak kepala sendiri atas dashboard.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-7-2023 03:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau kat indon dh lame ke dlm penjara.
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2023 09:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Meolz boikot heolz ni smpi bila2.. artis lain iolz boleh maaf lg tp dia mmg xde ruang. Dh la curang ko tumbuk plk bini. Sorry la ko cri kje lain jela piz. Xsesuai keluar tv
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-7-2023 09:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku pun nk tau sejauh mana kebenaran kes HR and Shelop ni..orang yang selalu tulis dlm sosial media tak semestinya dia menyampaikan perkara yang benar..
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2023 10:38 AM | Show all posts
hujung2 shelop kembali dicelop oleh pis pendek tayang kepala konek time workout ni.....the end. dua-dua psiko.
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2023 10:46 AM | Show all posts
abis la duit mak ayah dia bayar fee utk anak tak guna jantan x guna sorang ni
meluat sungguh aku dgn dia
mmg tak tenang n bahagia la kau jantan oi sampai mati

Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2023 12:53 PM | Show all posts
Tiggybiru replied at 19-7-2023 09:40 PM
Aku pun nk tau sejauh mana kebenaran kes HR and Shelop ni..orang yang selalu tulis dlm sosial media  ...

Hmmm lebam kat muka Shu haritu tak cukup ke
Itu cara pukul depan orang tau, bukan pukul dalam rumah


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-10-2024 10:55 PM GMT+8 , Processed in 0.433408 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list