CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 626|Reply: 2

Ernie Zakri Tak Cerewet Dalam Berfesyen, Asalkan Baju Nampak Cantik Dan Sopan

[Copy link]
Post time 18-7-2023 04:00 PM | Show all posts |Read mode
Ernie Zakri mengakui dirinya tidak pernah cerewet untuk berfesyen biarpun kini sudah bergelar seorang ibu dan semakin meningkat usia.


Menurut Ernie, dia tidak meletakkan sebarang kriteria untuk memperagakan sebarang pakaian asalkan dirinya masih boleh kelihatan cantik dan sopan.


Foto: IG




“Saya tak cerewet untuk peragakan sebarang pakaian. Saya suka asalkan saya nampak cantik bila saya memakainya. Kecuali bila dah jadi ibu ni saya lebih suka kalau pakaian saya tutup perut. Selebihnya saya okay.


“Seiring dengan usia juga. Suatu ketika dahulu, sebelum saya berkahwin saya ada satu visi yang saya memang suka explore fesyen.


“Tapi, seiring dengan usia dan mungkin beberapa tahun saya dalam industri, saya dah nampak saya punya jalan saya. As long as pemakaian itu sopan untuk saya, selagi suami saya (Syamel) izinkan, saya okay.




  



“Sebab pada saya asalkan saya nampak cantik. Pada saya, fesyen ni semua tentang cantik untuk saya. Kalau saya rasa pemakaian tu tidak sesuai dengan imej saya sudah tentu saya tak akan peragakannya,” katanya seperti dipetik di XTRA.


Pernah tampil memperagakan pelbagai konsep baju di beberapa anugerah terulung, Ernie bagaimanapun sedar bahawa dirinya perlu menjaga batasan ketika berfesyen kerana imejnya yang bertudung.


Bahkan, dia tidak kisah sekiranya fesyennya dikecam asalkan dirinya asalkan ia bersesuaian dengan imej terkininya dan sedap mata memandang.


  



“Dulu saya pernah explore macam-macam benda sebelum bertudung. Apabila dah bertudung ni saya rasa kena ada sedikit perbatasan untuk diri saya lebih-lebih lagi bila dah jadi seorang ibu.


“Kalau dulu boleh pakai pasulah macam-macam kan. Tapi sekarang ni saya rasa penampilan itu kena sesuai dengan imej saya dan ikut konsep. Pada saya, berfesyen tak salah, asalkan kita tahu batasannya.


  



“Saya okay kalau fesyen saya dikecam, sebab kita pakai macam mana pun kena kecam, apatah lagi kalau tak pakai apa-apa.


“Jadi, pada saya asalkan saya jaga diri saya, saya tahu ia bukan sesuatu yang tak sedap mata orang memandang, saya okay sahaja,” jelasnya. -CARI


Sumber: XTRA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-7-2023 04:35 PM | Show all posts
kan bagus tak payah bercerewet macam si ena ebdul wajah katak puru tu...

lagipun waktu buat persembahan orang nak dengar suara... bukannya nyanyi terjerit2 dengan 80% persembahan adalah pasal baju...
hujung2 jadi cleopatra yang rhoper penanggal yang di islamkan oleh seorang ustaz dari darussyifa..


Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2023 04:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Pasal pemakaian tak cerewet pun nak dibukak benang ke lahanat?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-10-2024 08:34 PM GMT+8 , Processed in 0.087300 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list