CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 165|Reply: 0

[Pulau Pinang] DAP Pulau Pinang umum calon PRN minggu depan

[Copy link]
Post time 18-7-2023 03:46 PM | Show all posts |Read mode
DAP Pulau Pinang umum calon PRN minggu depan


BERNAMA



LIM Hui Ying. FOTO arkib NSTP



Georgetown: DAP Pulau Pinang dijangka mengumumkan senarai penuh 19 calonnya yang akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) minggu depan.

Setiausaha DAP Pulau Pinang Lim Hui Ying berkata, sebagaimana yang diumumkan pengerusi DAP Pulau Pinang Chow Kon Yeow, senarai nama itu akan diserahkan kepada Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP minggu ini untuk membuat keputusan mengenai calon-calon yang akan bertanding nanti.

Beliau berkata, DAP Pulau Pinang akan bermesyuarat minggu ini bagi menentukan nama-nama yang akan dicadangkan kepada lima wakil jawatankuasa pemilihan pusat.

"Secara tradisinya, DAP negeri akan memperkenalkan calon-calonnya sebelum penamaan calon, jadi kita tunggu pengumuman Chow nanti. Setakat ini, memang kita akan bertanding 19 kerusi DUN di Pulau Pinang," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja ke Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Beng Teik di sini hari ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan PRN di Selangor, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu dan Negeri Sembilan diadakan serentak dengan 12 Ogos sebagai hari pengundian, manakala tarikh penamaan calon pada 29 Julai dan pengundian awal pada 8 Ogos.

Sementara itu ketika ditanya mengenai khabar angin bahawa beliau akan bertanding kerusi DUN Pulau Pinang, Lim yang juga Timbalan Menteri Pendidikan berkata sebaliknya berkata, beliau tidak akan bertanding pada PRN kali ini.

Katanya beliau mahu mengambil masa ini untuk memberi tumpuan kepada jawatan Timbalan Menteri Pendidikan dan juga Ahli Parlimen Tanjong.

"Saya adalah Ahli Parlimen yang baharu, pertama kali bertanding dan menang… dan banyak lagi perkara yang perlu saya belajar, jadi saya tidak akan bertanding PRN untuk memberi tumpuan kepada portfolio kementerian pendidikan yang agak berat dan juga memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pengundi-pengundi saya di parlimen Tanjong," katanya.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) secara keseluruhannya DAP menang 19 kerusi DUN di Pulau Pinang dan akan mempertahankan kesemua kerusi DUN yang disandang terbabit.



Disiarkan pada: Julai 18, 2023 @ 3:31pm










Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 02:01 PM GMT+8 , Processed in 0.117664 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list