CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 892|Reply: 6

Datuk M. Daud Kilau...Nyanyi Atas Kerusi Roda Pun Padu!’

[Copy link]
Post time 14-7-2023 04:46 PM | Show all posts |Read mode
[VIDEO] ‘Kalau Dah Legend, Nyanyi Atas Kerusi Roda Pun Padu!’



Umum mengetahui, Raja Gelek Malaysia, Datuk M. Daud Kilau mengambil keputusan untuk tidak lagi membuat persembahan pentas kerana keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan.

Masih sedap suaranya


Di Tiktok, viral mengenai keadaan terkini penyanyi lagu malar segar, Sirih Pinang dan Cek Mek Molek itu. Menerusi perkongsian Linda Zakaria, M.Daud Kilau kelihatan semakin kurus dan terpaksa duduk di atas kerusi roda untuk bergerak.

Meskipun tidak aktif seperti dahulu, M. Daud Kilau masih boleh menyanyikan lagu ‘Cek Mek Molek’ dengan baik. Menurut netizen, suara penyanyi itu sama seperti dahulu.

Ekslusif suara lagenda Datuk M. Daud Kilau menyanyi lagu Cek Mek Molek, masih sedap suaranya.

Video



Menjengah di ruangan komen, rata-rata peminat meluahkan rasa rindu mereka terhadap M.Daud Kilau. Mereka berdoa agar penyanyi tersebut kembali sihat dan aktif menyanyi.





Sumber: Linda Zakaria
https://ohbulan.com/video-kalau- ... erusi-roda-pun-padu


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-7-2023 04:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga cepat sembuh dan sihat sentiasa...

Takde la padu nyanyian... Tapi lagi merdu lah dari acik eton sameon suara bak mesin tebu tu...

Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2023 12:26 PM | Show all posts

Datuk M. Daud Kilau Kini Berkerusi Roda, Suara Masih Sedap Macam Dulu

Penyanyi yang terkenal dengan Raja Gelek Malaysia iaitu Datuk M. Daud Kilau menyepi dari industri seni tanah air kerana masalah kesihatan.


Penghibur yang terkenal dengan lagu Cek Mek Molek dan Gila Judi itu difahamkan menghidap penyakit jantung, paru-paru berair dan kebas kaki dan tangan.






Baru-baru ini, seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Linda Zakaria telah berkongsi keadaan terkini bekas pemenang Bintang Radio itu.


Menerusi video tersebut, M. Daud Kilau dilihat berkerusi roda namun masih mampu untuk menghiburkan hati orang ramai.


Bukan itu sahaja, surara beliau yang menyanyikan lagu Cek Mek Molek itu masih kekal sama dan sedap didengari.





Meninjau di ruangan komen, ramai peminat yang meluahkan rasa rindu untuk melihat persembahan M. Daud Kilau.


Malah, mereka turut mendoakan kesihatan penyanyi berasal dari Badan Datoh, Perak itu agar dapat kembali sihat seperti sediakala.




Sumber: Beautifulnara
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2023 12:32 PM | Show all posts
uzur sgt dh nampak..semoga panjang umur
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-7-2023 01:28 PM | Show all posts
dah ada awak
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2023 02:25 PM | Show all posts
alamak tak jujurnya... takde la sedap biasa2 je suara heolss...
atleast better la dari acik eton sameon yang suara macam mesin tebu tu...

semoga cepat sembuh dan di berikan kesihatan baik sentiasa... aminnn...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-7-2023 02:45 PM | Show all posts
dia dalam keaadaan gitu pun nak suruh ia menyanyi..udah2la..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-10-2024 12:26 AM GMT+8 , Processed in 0.215219 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list