CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 185|Reply: 0

2 Cedera Ditimpa Dahan Patah

[Copy link]
Post time 18-7-2023 12:15 PM | Show all posts |Read mode
Georgetown: Dua cedera selepas kenderaan yang dinaiki mereka masing-masing ditimpa dahan pokok patah ketika melalui Jalan Sultan Azlan Shah, Gelugor di sini, hari ini.


Mangsa, yang mahu dikenali sebagai Khor, 56, berkata dalam kejadian kira-kira jam 8.30 pagi itu, dia yang menaiki kenderaan pacuan empat roda, bersama puluhan kenderaan lain sedang berhenti di lampu isyarat.


Dua cedera selepas kenderaan yang dinaiki mereka ditimpa dahan ketika melalui Jalan Sultan Azlan Shah, Gelugor, di sini. FOTO ZUHAINY ZULKIFFLI




"Kemudian kami dikejutkan dengan bunyi kuat dan tidak tahu apa berlaku sebelum anak saya beritahu bahawa kenderaan yang dinaiki ditimpa dahan pokok.


"Ketika keluar dari kenderaan, saya lihat seorang lelaki penunggang motosikal dan sebuah lagi kenderaan utiliti sukan (SUV) turut ditimpa dahan yang merentangi jalan raya," katanya ketika ditemui di lokasi di sini, hari ini.


Khor mengalami kecederaan di dahi dan tangan manakala anaknya tidak mengalami cedera, sementara kenderaan mereka pula rosak pada bahagian cermin hadapan dan bumbung.


Mangsa yang terselamat, Jason Lee, 38, berkata, dia lihat dahan besar perlahan-lahan 'menyembah bumi' sebelum dikejutkan dengan dentuman.


"Ketika itu semua kenderaan dalam kedudukan rapat dan cuaca cerah serta tiada angin kencang. Akibat kejadian itu, kereta saya terperangkap di bawah dahan tetapi tidak mengalami kerosakan," katanya di sini.


Seorang lagi mangsa yang juga penunggang motosikal Mohd Sharil Shariff, 44, pula mengalami luka di tangan manakala motosikalnya tidak mengalami kerosakan.


Isterinya yang enggan dikenali ketika ditemui di lokasi berkata, suaminya pulang daripada berurusan di pejabat kerajaan dan dalam perjalanan ke tempat kerja.


"Saya belum pasti kecederaan yang dialami, namun kecederaan tangan kanannya terutama bahu dilihat seperti serius," katanya.


Semua mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP) bagi mendapatkan rawatan lanjut.




Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-10-2024 04:23 PM GMT+8 , Processed in 0.042060 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list