CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 597|Reply: 2

Jual Bantal Zikir Tapi 'Girlfriend' Tak Bertudung, Sufian Suhaimi Berlapang Dada Terima Kritikan

[Copy link]
Post time 18-7-2023 10:08 AM | Show all posts |Read mode
Penyanyi Sufian Suhaimi mengakui tidak terasa hati apabila ada sesetengah warga maya yang mempertikaikan penampilan teman wanita yang tidak bertudung sedangkan dia sendiri menjual produk bantal zikir.


Akui Sufian, selama ini, dia tidak pernah menetapkan kriteria pasangan, sebaliknya, percaya jodoh dan pertemuan sebagai ketentuan takdir.






"Saya ambil maklum pandangan netizen dan buat refleksi diri atas setiap komen diberi. Saya mengharapkan yang terbaik dan jika teguran itu boleh membawa asbab kebaikan, saya terima dengan berlapang dada.


"Saya tiada kriteria pasangan dimahukan kerana jodoh itu rahsia Tuhan. Kita tidak tahu pengakhiran seseorang itu, cuma, saya berharap, perkara itu tidak dicampur aduk dengan perniagaan.


"Niat saya menjalankan perniagaan bantal zikir untuk berkongsi kebaikan melalui zikir, selawat dan ayat suci al-Quran.


"Saya harap kebaikan itu kembali kepada saya," katanya ditemui pada majlis pelancaran single baharunya, Menggenggam Bahagia.


Ditanya penerimaan kekasihnya terhadap tohmahan netizen, Sufian berkata, teman wanita itu matang berdepan kontroversi.


  



"Dia sangat matang berdepan ujian itu. Selagi mana perkara itu tidak hina mahu pun keji, kami terima dengan hati terbuka.


"Dia orang yang baik, begitu juga keluarganya. Jadi, kami terima sahaja apa yang betul," katanya.


Difahamkan, Sufian menjalin hubungan dengan seorang gadis yang dikatakan masih menuntut di menara gading. Bagaimanapun, Sufian enggan berkongsi latar belakang gadis berkenaan.




Sumber: BH Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-7-2023 10:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Mahal gila bantal
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2023 02:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Pian ni dah berapa umur? Cepat2 la kahwin, retis2 bbnu pun ramai yg dah kahwin.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-10-2024 04:25 AM GMT+8 , Processed in 0.034476 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list