View: 4034|Reply: 20
|
Dah Cerai Ke? Shila Amzah Jawab Hubungan Rumah Tangga ND Lala Dan Isteri "Itulah Status Mereka Secara Rasmi"
[Copy link]
|
|
Shila Amzah tampil menjawab status hubungan ibu bapanya iaitu Datuk ND Lala dan Datin Fauziah Sarman yang dikatakan bergolak sejak April lalu.
Katanya mereka masih lagi berstatus suami isteri berdasarkan maklumat pada borang pernikahannya dengan Ubai yang diisi oleh bapa sebagai wali.
Foto: IG
"Disebabkan semua urusan borang perkahwinan saya sudah diselesaikan, maksudnya mereka masih bersama (suami-isteri)... Itulah status mereka secara rasmi.
"Mereka tahu apa yang perlu diutamakan, malah majlis pernikahan saya juga nanti, bapa sudah menandatangani borang untuk menjadi wali," katanya kepada mStar.
Ditanya soal kehadiran ND Lala pada majlis tunangnya Mei lalu, Shila memberitahu bapanya hadir atas dasar tanggungjawab dan ikatan kekeluargaan.
Shila bagaimanapun tak nak mengulas lanjut tentang hubungan ibu dan bapanya itu, malah penyanyi lagu Pelukan Angkasa ini juga mengakui tidak ambil tahu urusan peribadi mereka.
"Saya tidak berani nak beri sebarang komen bagi pihak mereka (ibu bapa) sebab yang berkahwin mereka berdua.
"Saya tak tahu dan tidak mengambil tahu urusan mereka... bapa hadir ke majlis pertunangan saya tempoh hari pun atas dasar kekeluargaan... begitulah," ujarnya.
Walaupun orang tuanya berdepan isu rumah tangga, Shila menganggap segala yang berlaku itu dugaan dan ujian dalam hidup.
Malah, dia bersyukur hubungannya dengan tunang iaitu Ubaidillah Mohd Zulkefli, 25, tidak terkesan dan masih berada dalam keadaan baik.
"Saya menganggap apa juga yang berlaku sebagai asam garam kehidupan dan fasa bertunang.
"Banyak sebenarnya dugaan tetapi Alhamdulillah antara saya dan Ubai, kami tidak mempunyai sebarang masalah," katanya.
Pada 27 Mei lalu, Shila mengikat tali pertunangan dengan Ubai yang diraikan dalam sebuah majlis tertutup dihadiri hanya rakan rapat dan saudara terdekat.
Kemunculan ND Lala pada majlis pertunangan mereka menarik perhatian sekali gus memberi bayangan kemelut melandanya sekeluarga sudah kembali pulih.
Pada 1 April lalu, Fauziah memuat naik foto seorang wanita termasuk mendedahkan namanya di Instagram dipercayai individu yang menjadi perosak rumah tangganya.
Fauziah pada 3 April lalu juga hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Bandar Baru Bangi dipercayai bagi tujuan memfailkan penceraian terhadap ND Lala, namun dinafikan adik Shila iaitu Syada Amzah.
Untuk rekod, ND Lala atau Amir Amzah Salleh, 62, mendirikan rumah tangga dengan Fauziah pada tahun 1989.
Pasangan ini dikurniakan empat cahaya mata iaitu Nurshahila, 33, Amir Syafiq, 30, Amir Syahir, 28, dan Nur Syuhada, 25. -CARI
Sumber: mStar
|
|
|
|
|
|
|
|
She betul-betul nampak nak cepat kawen dan lepaskan diri dari toxic family ni. Jawapan dia pun matang. "Yang berkahwin itu mereka berdua". Betul la jawab cenggitu.
Semoga dipermudahkan segala urusan dengan Ubai |
|
|
|
|
|
|
|
bagus dik shila,xyah get involve.pandai la papa you handle osteri2 nya sana |
|
|
|
|
|
|
|
pastu kalau cerai pun tetap wali tu bapak kau shila oi |
|
|
|
|
|
|
|
Toksik termasuk shila sendiri. Hrp ubai kene matang la. Ko tgk la bakal bini kau. Mental x stabil. |
|
|
|
|
|
|
|
agaknya dia pun tak tahu nak sebelahkan mak ke ayah
so baik buat taktahu je, pepandai lah makpak nya selesaikan masalah diaorg |
|
|
|
|
|
|
|
citer pasal ayah cerai hujung2 duk tayang seluruh gambar dan video moment yang di setup oleh indon keje kontrak untuk lamar sheolsss dengan banting berkedut tak nampak seluruh nama pada mulanya lepastu kena adjust2 balik...
aiyooo dasar mabuk konek...
|
|
|
|
|
|
|
|
Yang tepek tuan tanah bukan shila
|
|
|
|
|
|
|
|
pesan dekat ubai besok2 dah tua jgn buat perangai... mcm bapak... aaagitewww |
|
|
|
|
|
|
|
reporter x gi ty jurucakap keluarga plak?
si Syada tu |
|
|
|
|
|
|
|
gituh.. langsung tak peduli apa nak jadi..
yang penting aku nak kawin, yg penting aku punya cerita.. |
|
|
|
|
|
|
|
kakJOYah replied at 18-7-2023 05:24 PM
gituh.. langsung tak peduli apa nak jadi..
yang penting aku nak kawin, yg penting aku punya cerita.. ...
Harus la, mak ubai di hujung nyawa pun preparation kawen jalan terus, sampai maknya pesan nak turut serta. Gamaknya kalau maknya sihat dah nikoh kot skg. Yelah lalat all about me |
|
|
|
|
|
|
|
Asalkan kami boleh kawen ye noks |
|
|
|
|
|
|
|
silah tanak cakap banyak dah. mungkin masih bengkak dengan mak apak masa sheols bencinta dgn nanas dulu. begitu jugak masa terpaksa bertahan masa dgn ex laki dulu...mungkin semua karna makapaknya.... sekarang.....nahhhhhh!!!!
|
|
|
|
|
|
|
|
Dah bapaknya wali mana berani dia nak bersuara...satgi apak merajok kang sape nak nikahkan....haaaa |
|
|
|
|
|
|
|
bab gini jgn tanye cilah. kne tnye adik cilah si syada tu. yg tu kompem jawapan berbeza |
|
|
|
|
|
|
|
Bagus jawab gitu shila..tak payah jawab lebih2.. |
|
|
|
|
|
|
|
Ok dah sheols jawab mcm tu. Neutral. Ckp cmni pon kene, ckp cmtu pon kene. Ntah apa2 je acik2 forum berkerak ni ye. |
|
|
|
|
|
|
| |
|